Sunday, December 22, 2013

Terima kasih.


Assalamualaikum.
Terima kasih Allah, dah lama betul umi tak masak. Tapi hari ini umi masak, dapat makan masakan umi di hari jadi bagi orang lain mungkin perkara biasa Tapi bagi aku sesuatu yang istimewa. Terima kasih umi. Tak perlukan hadiah apa-apa, cukup dengan itu. 
Terima kasih umi kerana ada kat rumah hari ini sehari suntuk, di hari jadi Arah. walaupun tak pergi jalan mana-mana sama, tapi dapat tengok umi depan mata seharian suatu hadiah yang tersangat besar bagiku. Terima kasih sangaat.
Terima kasih Allah, Kau pinjamkan aku hari yang istimewa ini. Buat umi yang sentiasa sibuk dengan dakwah dan ummah, Kau lapangkan masanya hari ini, inilah buktinya. Tak rugi kalau kita ikhlaskan apa-apa pun di jalan Allah. Biar perit rasa hati, biar pedih memendam rindu, biar airmata tak kering di pipi, tapi bila ianya terbalas dengan jalan yang kita tak sangka, manisnya perasaan itu Allah sahaja yang tahu. Allahu Akbar :)
Okay, ini lain pula ceritanya. Dah tiga tahun, bila harinya tiba perkara yang sama berulang. Aku tak tahu motifnya, tapi aku sambut baik niatnya sebab aku rasa takde sebab aku nak lari. Aku hargai. Tapi kalau buat macam orang lain juga, mungkin aku lebih selesa. Mungkin aku tak perlu fikir lama. Mungkin aku tak kekok.
"Ya Allah, bantu aku. Bimbing setiap langkah aku, semoga Kau redha dengan keputusan yang aku ambil ini. Tegur aku jika aku tersalah, Amin."

 

Sunday, November 3, 2013

KOBAR 2013.


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, rasa bertuah dapat pergi KOBAR13 yang berlansung 2 & 3 November lepas. Pembuka tirai untuk cuti mid-sem yang baru bermula ini. walaupun cuti tak lama, hanya seminggu. Dapat refresh semula iman dan hati. Kobarkan semula semangat dengan pengisian yang sangat bermanfaat. 
Lebih rasa beruntung dan bertuah kerana tanpa disangka, kami peserta KOBAR yang seramai 2,000 orang menjadi saksi pengislaman Saudari Nur Aisya atau nama sebelum Islamnya Jessica. Menyaksikan satu jiwa baru yang mengagungkan kalimah tauhid. 
Bergetar jiwa, terasa meremang, sebak. Tiada kata yang boleh gambarkan perasaan waktu tu. Dewan dipenuhi dengan laungan takbir daripada peserta tanda kami bahagia menerima Saudari Nur Aisya sebagai saudara baru kami. Selamat kembali kepada fitrah :) Bila lagi giliran aku pula? dapat mengajak dan membawa manusia kepada fitrah yakni Islam. Kagum dengan usaha mereka. 
slot 2 : Hijrah dan realiti pemuda. " Kenalilah Tuhanmu, perbaikilah dirimu dan serulah orang lain. Tegakkan islam dalam hatimu, nescaya Islam akan tertegak di atas muka bumi." Semoga aku dapat menjadi ejen perubah, membawa manusia kepada Islam yang sebenar. Kembali kepada fitrah. InsyaAllah. Semoga Allah redha.
#Jika baik, maka Kau dekatkanlah. Jika buruk, maka Kau jauhkanlah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui, sedang aku tidak.
Wallahu a'lam. 

Sunday, October 27, 2013

Sabah, kami datang! - Part 1


Assalamualaikum.
Walaupun Raya Haji dah habis, jemaah haji pun dah balik ke tanah air masing-masing tapi tetap nak update pasal raya haji. Tahun ni raya dekat Sabah, bersembelih lembu kat sabah sambil jalan-jalan plus ponteng kelas. Sorry Ustaz Hamza, barakallahu fik :)
So, bertolak ke LCCT dalam pukul 2.30 petang dari rumah. Sedih sebab abang tak ikut. orang berkerjaya keenn. dia hanya hantar kitorang je. then solat asar, check in segala dan tunggulah untuk naik kapal terbang. Ada tiga family yang gerak sekali dengan kitorang, family Makcik Zu & Pakcik Syed - family Makcik Syam & Pakcik Khairuddin - family Makcik Masyitah & suaminya (takingatnama). Huhu. Bikdut and the family dah terbang dulu.  
 Boarding pas kakak-adik-arah :)
Okay, dalam flight tak dapat duk sekali satu family. terpisah-pisah. kakak duduk dengan umi. adik duduk dengan makcik Zu & pakcik Syed. dan aku dengan aunty cina & anaknya. Tapi still duduk dengan dengan seat adik. So, for the first time makan maggi kat udara. Haha. Selama ni tak pernah pun teringin nak makan kat flight. maklumlah makanannya mahal giloss. tapi, sebab orang belanja maka rezeki jangan ditolak. Jazakumullah makcik zu & pakcik syed :) Kakak hanya dapat tengok dari jauh je. Haha. Nasiblah keennnn.

Sebelum berangkat ke Kampung Tagupi :)


Di pendekkan cerita, sampai kat airport Tawau kitorang dibawa ke Kunak untuk makan malam then terus ke Lahad Datu. Kitorang singgah Masjid untuk rehat & mandi semualah. Lepas tu dalam pukul 6.30 kitorang gerak ke Kampung Tagupi di Lahad Datu. Jalan dia perrghh subhanallah, berliku berlubang dan sangat adventure. Betul-betul tengah hutan. Kat kampung ni lah kitorang korban. Ada 11 ekor lembu plus seekor kambing. Terfikir juga macam manalah diorang angkut lembuu-lembu tu semua. Memang melompatlah semua lembu tu. Hahaha.  
So, macam biasalah sebelum start majlis ada bacaan doa, ucapan dan persembahan mengaji dan azan dari anak-anak Kg. Tagupi. then kitorang dibawa jalan-jalan pusing kampung kejap. tengok sekolah dan tapak untuk buat tahfiz. tak besar pun kampung tu. Yang pentingnye tepi laut. baru tahu yang orang laut tak boleh duduk kat darat nanti diorang pening. so kalau tengok rumah dorang mesti kat tepi laut. unik sangat :)

sekolah yang serba kekurangan :(

Tandas yang lagilah serba kekurangan. nak try? Huhu.
Dah habis pusing kampung, maka bermula lah acara utama iaitu Qurban. sempat tengok 3/4 ekor lembu je, lepas tu dah lapar perut. Huhu. Lembu mengganas. Tahi lembu. Kambing. Anjing. semua ada. Tak tahu nak jalan mana. Alhamdulillah, masyarakat kampung Tagupi sangat memuliakan tetamu. Diorang tak minta kitorang tolong apa-apa pun. melapah, memasak, mengemas semuanya diorang yang buat. Kitorang disuruh berehat & bila dah siap masak just datang makan. Rasa bersalah pun ada. 

Pakcik Lajuliadi penyembelih. Allahuakbar.

Rewang potong daging lembu.
Lepas makan tengah hari, bergambar kejap dengan orang kampung. Then, kitorang pun gerak pulang. Singgah dekat masjid pagi tadi, rehat kejap pastu ontheway nak ke Kunak singgah pergi majlis walimatul urus Abang Jumah & Kak Selasiah. Merasalah pergi kenduri kawin orang sabah. wewiit. Tapi yang lagi teruja bila Abang Jumat sempat sapa aku. Hahaha. " Eh, macam kenallah kak ni? " Aku dengan kakak tergamam. Ha? kenal kitorang ke? Hebat & terharu. Padahal kitorang tak pernah pun bermuamalat. Cuma dia fesi aku waktu kem dua bulan kat kelantan dulu. Terima kasihlah masih cam saya. Hihi. 

Aiyd dengan kambing. Comel je.
Sambung lagi perjalanan ke Kunak. Memang setengah hari je dalam kereta. Lahad Datu ke Kunak sangaaaaat jauh. Kitorang paling akhir sampai hotel sebab tersalah ikut Hilux. Sebab majoriti kat sabah gune hilux, jadi terkeliru. Apapun kitorang selamat sampai juga ke hotel. semua ini pengalaman. Okay, cukup dulu part 1. To be continue :)
Wallahu a'lam, wassalam. 

Sunday, October 6, 2013

Revive '13 dan Ziarah.



Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dapat juga join Program Revive '13 kat Samsmile tercinta. Program ni anjuran Alumni Samsmile, termasuklah aku. Kiranya program senior untuk junior. Dari Abang dan Kakak kepada adik-adik :) Cewaah. Macam gitulah lebih kurang. Batch aku lah yang paling senior untuk second generation sekolah tu. HAHA. Bangga. Program ini lebih kepada sharing moment dan sebagai kata-kata semangat untuk adik-adik yang nak exam PMR-SMA-SPM. 
Ada tayangan vidoe dari senior-senior yang dah masuk universiti dalam dan luar negara. Malam tu sempat tayang vidoe Luqman Hakim sahaja, excited diorang bila tahu abang Luqman diorang tu belajar nun kat United State. Hebat. Dulu nakal, tapi sekarang dah soleh InsyaAllah. Aku memang tersentuh sangat dengan video dia.  Sangat. Dan rasa bangga dengan Samsmile sebab berjaya melahirkan pelajar yang hebat macam dia. I am proud to be Samsmile-ian :) Okay, semoga kita semua dapat berbakti kepada sekolah kita yang tercinta dan semoga Amal ini Allah terima sebagai saham kita kat akhirat. Amin.
Then, dah habis bersharing moment dengan adik-adik. Esoknya masa untuk kitorang berjejak kasih dengan Pendidik yang kitorang sayangi. Ustaz Fadzil dan Ustazah Hanizah. Dapatlah tengok rumah baru ustaz dan makan masakan ustazah :) Terharu bila ustaz dan ustazah ni masih ingat aku. Huhu. Ustaz dah offer untuk praktikal kat tempat ustaz. Okayy, set. Hihi. Terima kasih sebab sudi terima kunjungan kami yang datang tangan kosong je. Lepas tu masing-masing tibai makan banyak-banyak kat umah ustaz dan ustazah. Memang tak malu betul kitorang, haih =.=. Semoga Allah memberkati guru-guru ku semuanya. 
Naimah-Mastura-Zahidah-Izyan-Farah.
USIM dan AZHAR :)
Semoga kita bertemu lagi di lain masa dan waktu. Semoga Allah permudahkan jalan-jalan kita menuntut ilmu. Naimah dan Zahida, good luck kt Mesir. Semoga Allah lindungi korang dan sahabat-sahabat lain kat sana. Farah, Izyan dan Mastura, kita fighting kat USIM :) Bittaufiq wan Najah semuanya, InsyaAllah. #sedih Mah tak dapat join kitorang :(

Saturday, September 28, 2013

Umi.


Assalamualaikum. 
Hari demi hari, aku semakin takut untuk membesar menjadi dewasa. Kerana jika aku semakin dewasa, bermakna umi semakin tua. She is the only person I have. 
Semakin hari pergerakan umi yang dulunya aktif, kini sudah mula perlahan. Dulunya umi jarang sakit, kini sudah mula sakit-sakit. Umi dah semakin kerap tanya bila nak balik. Hari ni balik tak? Kenapa tak balik? Umi dah mula mengadu duduk seorang saja kat rumah. Umi dah rasa sunyi. 
Aku lupa masa itu berjalan membawa usia manusia. Abah pun dah pergi dua belas tahun lamanya. Aku yang buta, tak sedar masa itu berjalan. Aku nak jaga umi, nak teman umi, nak berbakti pada umi, nak bahagiakan umi. Aku tanak buat umi rasa sunyi lagi.
Jujur aku sebak bila umi mula mengadu itu dan ini. Hanya Allah saja yang tahu berdozen air mata yang ingin aku tangiskan. Tapi demi umi, aku akan kuat. Ya Allah, berkati umi dunia dan akhirat. Aku sayang umi. 

Friday, September 6, 2013

Semoga bertemu lagi.


Assalamualaikum.
Bisakah yang terpadam dinyala. Bisakah yang terhina dicinta. Walau ku himpunkan sesalku, bisakah terbuka kalbu. Bisakah yang dibenci di sayangi. Bisakah yang dusta dimaafi. Walau ku himpunkan sesalku, bisakah terbuka kalbu? Bila sendu ku berlinang sayu, dalam rindu ku tertanya. 
Allah sedang berbicara dengan aku tentang segalanya. DIA biarkan aku mencorak hidup aku sendiri, namun aku tak mampu. Sehingga akhirnya DIA berbicara dengan aku. Tentang salah silap aku. Tentang akhlak buruk aku. Tentang hubungan hati aku dengan-Nya. Tentang segalanya. Dan kini aku cuba mengerti dan memahami. Cuba menerima dan meneruskan langkah. Dari satu bab hidup, ke satu bab yang lain. Semoga Allah bimbing aku dan terus bimbing aku. 
Aku memohon ampun dan maaf kepada semua jiwa-jiwa yang dah terluka pedih kerana kelemahan aku sendiri. Demi Allah rasa sayang itu masih utuh dalam hati ini dan aku akan pelihara hingga ke akhirnya. InsyaAllah. Aku terima ucapan selamat tinggal itu bukan untuk berpisah selamanya, tetapi berpisah untuk bertemu semula dengan nafas baru dan suci.


Wednesday, September 4, 2013

3rd year already.


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dah selesai register untuk semester 5 which means Tahun 3. Total credit semuanya 19.  Jadual pun dah tengok. Kelas pagi dah tak awal sangat, tapi kelas petang dan malam berlambak jugak lah kaannn. Harap-harap kelas malam boleh dianjak ke siang. Siapa yang suka kelas malam? takde kann. 
Okay, dan semester ni kitorang ada dua subjek untuk elektif. Untuk aku yang amik elektif Sains Pemakanan akan ada subjek Principle of Halal Food Production dan Biotechnology and Society. Aku taknak lah negative thinking tentang subjek ni. Since aku yang pilih kan. So, aku akan start dengan positive mind set.  Dalam keadaan result elektif aku yang tak memberansangakan sem lepas, aku tak boleh ulanginya lagi. Aku kena dapatkan keputusan yang lebih baik untuk semester ini. Better understanding and better result, InsyaAllah. 

Monday, September 2, 2013

NRIC 2013



Assalamualaikum.
NRIC 2013 such a sweet memory. Mana pernah terfikir nak terlibat dengan pertandingan macam ni. Tak pernah mimpi pun. Tapi peluang itu datang hanya sekali, jangan sia-siakan. Actually aku takdelah menyumbang sangat pun, aku hanya bantu sikit-sikit je. Bukan aku yang jadi tulang belakang dalam penyertaan ni tapi Mira dan Ahnaf serta ahli-ahli yang lain.
Bukan aku yang menghadap Prof dan Datin waktu preparation hari tu. Bukan aku yang kena hentam dan komen. Mira dengan Ahnaf jugaklah yang kena terima semua tu. kerana semangat juang yang tinggi tulah akhirnya e-gelandangan dapat mewakili USIM. 
Waktu presentation depan juri, aku buat yang terbaik aku mampu. Tapi takdelah menyumbang banyak pun. Sebab nervous tahap gaban dah waktu tu. Aku tak pernah rasa secuak tu. Presentation Prof Samad dulu pun takdelah se-nervous tuuu. Sorrylah kalau tak dapat perfom macam apa yang korang harapkan. Dapat pula juri satu Malaysia ; Melayu India Cina.
Thanks Prof Norita, sangat-sangat prihatin kat kitorang semua. Bantu kitorang, support kitorang, doakan kitorang. May Allah bless you, Prof . Allah saja yang dapat membalasnya. Terima kasih banyak-banyak! 
Team members semua, terima kasih atas kerjasama, bantuan, dan doa kalian. Sama ada secara lansung atau tak. Sama ada sedar atau tak. May Allah bless you all. Terima kasih Mira sebab pilih orang, satu pengalaman berharga. Terima kasih juga kat Ahnaf, walaupun joyahnya tak boleh control tapi still penyumbang terbesar. Thanks bagi kitorang lanyak camera canggih tu, macam kitorang punya pulakkan. Syukran Jazilan Ustazah Nabilah, Advisor kitorang. Menyumbang idea dan tenaga. Tak henti-henti support kitorang. Thanks ustazah sebab sudi sambut kitorang balik dari Pulau Pinang. Dapat bagi jeruk je. May Allah bless you, Ustazah! Terima kasih semua. Terima kasih Allah.
Best dapat jumpa student dari macam-macam universiti. Semuanya hebat-hebat belaka. InsyaAllah semoga produk kita semua dapat beri kebaikan dan manfaat kepada Agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta. 

Subjektif.



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, result dah keluar. Akhirnya. Result paling lambat keluar dalam sejarah aku rasa. Bersyukur saja dengan apa yang Allah beri. More effort next sem okay ! :)
Semuanya menjadi kenangan. Aku belajar suatu benda baru dalam hidup. Lagi pengajaran yang sangat bernilai. Aku belajar untuk simpan apa yang aku rasa. Pendamkan sahaja walaupun rasa perasan itu sangat indah. Supaya perasaan itu takkan melukai kita di kemudian hari.
Sayang kawan, simpan dalam hati. Sayang family, luahkan. Keluarga itu kan sesuatu yang takkan terputus. Air dicincang takkan putus. Marah macam mana pun, kita masih sayang mereka kan? Orang yang paling setia pun adalah keluarga.
Biarlah orang nak cakap apa. Kadang-kadang ada benda yang kita tak boleh nak elak daripada salah faham. Yang penting, perasaan dalam hati tak sama dengan apa yang orang fikirkan. Sebab perasaan tu subjektif dan abstrak. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Simpan saja lah dalam hati. 

Tuesday, July 16, 2013

Rahmat Allah di bulan Ramadhan.

Ramadhan itu satu Rahmat. Bukalah matamu jua mata hatimu, terimalah rahmat Allah dengan hati yang penuh kesyukuran. Alhamdulillah. Di bulan yang barakah ini, Aku menilai semula diri. Aku hanya seorang hamba yang dhaif tapi selalu sahaja lupa diri.  Aku yang mudah terpesona dengan keseronokan dunia yang sentiasa mengaburi mata juga hati ini. Tetapi Allah yang Maha Agung tetap benarkan aku untuk berada dalam bulan paling mulia ini ; Ramadhan Al-Mubarak. Betapa aku malu.
Ambillah peluang ini. Disaat syaitan semua diikat, pintu-pintu nekara ditutup, untuk kita memohon keampunan dan maghfirah dari-Nya. Untuk kita sucikan hati yang sudah gelap dengan tompok-tompokan dosa dan noda.  Lembutkanlah semula hati yang sekeras batu ini malah mungkin lebih keras dari itu dengan pengabdian diri kepada Allah. Segala keluh-kesah dan keraguan selama ini gantikanlah dengan doa dan harapan.
Selama ini, banyak hati yang aku telah lukai, banyak kata buruk aku ucapkan, banyak perkara sia-sia aku lakukan, banyak masa aku bazirkan, banyak ketawa dari menangis, banyak janji aku tak tunaikan, banyak amanah aku tak laksanakan, banyak fikirkan dunia dari akhirat, banyak dosa aku buat dari pahala, banyak bergossip dari berdakwah. Mungkin aku terlupa aku ini seorang Khalifah. Iman yang senipis helaian kertas, mudah sangat terkandas. Ampunkan aku, ya Allah.

Friday, July 5, 2013

Good Bye Tahun 2.

Assalamualaikum.

Dan apabila dalil-dalil fiqh munakahat hanya teringat waktu jawab paper mabahith, memang tak boleh buat apa lah kan. Dan Aku bertawakkal pada-Mu, ya Allah. Apapun semuanya dah lepas. Dan apabila satu per satu subjek killer berlalu, seronoknya tak terkata. Assaaaa! Dan apabila semester empat hampir menutup tirainya, semoga apa yang berlaku sepanjang semester ini menjadikan kita insan yang lebih baik.  Jangan biar yang pahit itu berulang, buanglah yang keruh ambillah yang jernih. Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan apatah lagi di akhirat. Doa ku sentiasa ada bersama mu, walau jasad seakan menafikan, Walau kata-kata mendiamkan. Tapi hati ini tahu semuanya dan semestinya Allah yang Maha mengetahui. May Allah bless you, friend. Sorry for everything.

Aku tak menyesal. Aku dapat ibrah yang tak ada dalam buku, takde dalam internet. Ianya sesuatu yang kita dapat hanya bila kita dah laluinya. Sekali lagi, maaf untuk semuanya. Aku bukan orangnya, sememang aku tak layak. Be happy, friend. Then, it’s enough for me.
#Sebenarnye post ini dah dikarang sebelum habis exam lagi. Tapi takde masa nak publish. And today is the day. Haha. Apapun, semoga Allah beri kejayaan kepada umat Islam dan menghancurkan musuh Islam. Jom, ramai-ramai doakan kemenangan Islam :)

Tuesday, June 11, 2013

Dalam Hati.


Antara kita tiada rahsia. Susah dan senang tetap bersama. Terpateri namamu takkan aku lupa. Sudah bertahun lama kita tidak lagi bersua. Hanya tinggal kenangan yang tak mungkin kita lupa. Kirimkan khabar selalu seiring hembusan bayu. Sekadar pengubat rasa rindu di kalbu.
Pantas masa berlalu meninggalkan kita semua. Tanpa disedari bertambahlah usia kita. Potret lama masih aku simpan. Aku bingkaikan kenangan hingga terkadang aku tersenyum sendirian. Perjalanan kita masih jauh. Jalanan yang berliku bakal kita tempuh. Imbaslah kenangan semalam jadi azimat. Penguat semangat menempuh masa hadapan. Harapan aku kau kan bahagia selalu.
Sematkanlah bingkisan rindu di kalbu. Pada aku engkau penghibur duka. Pengubat hati resah kecewa. Antara kita tiada rahsia. Susah senang kita tetap bersama. Terpateri namamu takkan aku lupa. May Allah bless you wherever you are :) 
# Dalam dhuha tadi aku kirimkan doa, semoga Allah sampaikan pada engkau. InsyaAllah.


Wednesday, May 15, 2013

Blue Ocean.


Assalamualaikum.
SPARK? Okay, ianya adalah pameran yang wajib kitorang join bagi semua student yang amik subject Critical Thinking and Problem Solving. Dan kami adalah antaranya. Kalau tak kerana wajib, takde maknanya kitorang nak join. Leceh sangat. Kena pamerkan apa yang kitorang cipta, ceh, ciptalah sangat kan. Ada empat juri yang akan menilai dan ade banyak catogeri. Kitorang bawah categori sains dan teknologi. Okay, apa yang kitorang create adalah "egelandangan.com" 
Nak tahu ada apa dalam website ini, sila-sila lah buka. For sure lah pasal gelandangan. Kitorang actually create website ini kononnya nak membantu Muslim homlessness kat Malaysia ini supaya mereka dapat masa depan yang elok dan bahagia. ianya sebenarnya satu idea je, kalau ada dana InsyaAllah kitorang boleh proceed kot. Hehe. Kitorang buat ini pun sebab ada markah untuk final. Tak niat nak bertanding untuk menang pun. Tapi orang kata malang tidak berbau, maka begitu juga lah rezeki pun tidak berbau. Kitorang menaaaaang tau tak! what say youuu? Memang terlompat-lompat teruja gila. Dapat no.2 daripada almost 20 per kategori. Amik kauu. Macam mana boleh memang pun kitorang tak tau. Teruja sangat, dapat hamper terus balikk. haha.
Jujurlah cakap kan moment yang paling lawak adalah bila pengerusi majlis tu umumkan, tempat kedua adalah egelandangaaaan ! sebutan dia sangat kelakar. rasa macam nama kartun je gelandangan tu. Apapun, tahniah my group member. Izam, Daus, Mira, Sameerah, Amalina, Shiro, Syera, Wafa, Anis. Nombor dua pun jadi.

Monday, May 6, 2013

Aku menghitung.


Assalamualaikum.
Tinggal 4 minggu lebih je lagi sebelum say hello to Final Exam. Jujur aku cakap, semester ini aku rasa lambat sangat masa berjalan. Semuanya macam slow motion. Berhati-hati mungkin. Nak cuti panjaaaaang. Tolonglah. Aku sebenarnye jarang ambil tahu pasal cuti-cuti ni, almaklumlah rumah dekat kan :) Tapi serius, aku dah start countdown untuk cuti semester. Haha. 
Kenapa? kenapa nak countdown sangat ni? Mestilah kena countdown, sahabat-sahabat Mesir saya balik tahun ini! InsyaAllah. Long time no see you know! Jom, nanti kita buat reunion okay. Tahun ni orang-orang jauh balik Malaysia :) Memang tak sabarlah nak raya. Hehe. Okay, tadi cuti sem, sekarang raya pula. 
Okay. Regarding General Election yang baru semalam diadakan ini, Alhamdulillah Selangor masih Hijau. Dah, cukup. Itu je nak komen pasal general election ni. Sorry, selfish sikit sebab sebut Selangor je.  Because I am Selangorian :) Tahniah kepada yang menang, sila pikul amanah dengan sebaiknya kerana amanah itu bukan terhenti di dunia sahaja tetapi ianya dipikul ke akhirat juga. Bagi yang belum menang, kejayaan sentiasa ada cuma masanya belum tiba. Allah know best !

Friday, April 12, 2013

Terima kasih Doktor.

Assalamualaikum.
Selasa lepas kalau tak silap, teman bawa adik dengan umi pergi jumpa doktor pakar. Appoinmentnya pukul 8 Malam. Doktornya ada pun dari pukul 7 malam sehingga 9 malam sahaja. Setiap hari dia bertugas dua jam je. DUA JAM SAHAJA! okayy, mesti kaya doktor nih.
Okay, nak ceritanya ini first time bawa adik pergi jumpa doktor. Excitednye dan berdebar lah juga. Tapi takpe, adik cool saja. Dah kata doktor pakar kan, dia tak perlu preparation pape pun. dia, baru sampai klinik terus panggil adik masuk. Hebat doktor ni. Hehe.
Haaa, nampak apa doktor tu buat? Die suluh telinga adik, masukkan camera nak tengok ada apa kat dalam. Tak tau lah pula tv kat depan tu screenye. Ingatkan tv biasa je. Dapat tengok sekali imbas je. Nampaklah bulat itu, tapi yang lobangnya tu tak nampak. And then, step seterusnya.
Mula lah proses antara doktor dan pesakitnya. Adik senyum kan? tapi awal-awal je. lepas itu muka dia dah ketat je. sakit. Adik cakap " Rasa dia kak rah, macam die nak sedut otak adek sekali. senget sebelah adik rasa. Sakit tau tak." Takpe dek, be strong! Kakak bangga dengan adik sebab still boleh senyum dan tak marah kat doktor tu. Macam ni lah adik kakak :) Then, step ketiga.
Sesi soal jawab antara doktor dan pesakit. Iyelah kan, kenalah tanya baru tahu nak bagi ubat apa. Tapi tak banyak pun, hanya ubat selesama je yang doktor bagi sebab ubab minggu lepas tak habis lagi. Sebelum balik, doktor bagi nasihat dan amanat. Next week kena jumpa lagi. 
Okay, lepas jumpa doktor pakar ini aku rasa termotivasi. Rasa macam dah mula menyukai doktor. Maksudnya doktor pakar macam ini. Dia tahu apa yang dia patut buat, dia ingat pesakit dia, dan sangat sempoi. Tengoklah baju dia, bersahaja sangat. Padahal aku rasa doktor ini mesti kaya kott. Terima kasih Doktor Zul :)

Thursday, March 21, 2013

Du'a



Assalamualaikum.

" Allahu Rabbi, tiada Tuhan selain Engkau. Mudahkanlah bagiku apa yang susah, lancarkanlah bagiku apa yang sulit, leraikanlah bagiku apa yang tegang, peganglah bagiku apa yang terlepas, tetapkanlah bagiku apa yang baik, jauhkanlah bagiku apa yang buruk, ujilah aku apa yang termampu. Baikilah bagiku apa yang tak elok, jagakanlah bagiku orang yang tak mampu aku pelihara, lindungilah bagiku orang yang aku sayang, selesaikanlah bagiku apa yang tergantung. Kau Maha Mengetahui, ya Allah. tiada kudratku untuk melakukan apa pun, melainkan dengan izinMu. Sesungguhnya aku hanyalah Hamba, tak lebih dari itu. "

Monday, February 25, 2013

Memori bersama Kancil.


Assalamualaikum.
Satu pengalaman baru tercipta hari ini. On the way balik Sutera Indah, drive dengan selamba seperti hari-hari lain. Tapi tiba-tiba ada satu kereta Myvi Kelabu ni potong kancil kitorang yang comel tu. Kalau setakat nak memotong je takpe, tak kisah. Tapi dia honn sekali, toleh sebelah drivernye lelaki. Dalam hati fikir, " aku kenal ke driver ni ? " tapi rasenya tak. Dan Myvi tu pun honn bukan sebab nak tanya khabar tetapi membawa khabar buruk. Kitorang yang tengah terkejut sebab dihonn nampak pula dia bagi signal tunjuk-tunjuk kat bawah. Apa? apa yang dia nak sampaikan ni? Lepas tu dia pun terus pecut laju, tinggallah kitorang yang terpinga-pinga dan panic ni.
Ada yang fikir kain Amal terkeluar ke? Sam pulak suruh orang check, ada yang pelik tak dengan kereta ini. Tapi selebihnya kitorang tak boleh fikir dah. Cuma ulang ayat, " kenapa weyh? kenapa weyh? kenapa weyh? " Sampailah orang tanya ; "nak berhenti tak, kita tengok?" Tak payah tunggu diorang jawab orang dah berhentikan kereta ke tepi. Mula-mula kitorang tak tau nak tengok apa. Tapi orang buka je pintu tengok kat side mirror macam ada tayar terkeluar. Rupa-rupanya tayar kereta belah Amal kempisss. Alamak! nak buat macam mana ni? 
First sekali, jangan panic. Nanti tak boleh berfikir dengan waras. Tengok kat jalanraya tu ada pula beberapa motor lalu, macam student USIM. Tapi sekadar lalu je lah. Maluuunye =.= Okay, dah. Lupakan mereka yang tak bertanggungjawab itu. Tiba-tiba Mizah pula singgah, " weyh hampa, pasai apa? " Tayar kempiiss. Konfius nak bawa kereta ni ke mana. Kalau setakat kurang angin boleh pergi shell je isi angin. Tapi atas cadangan Shiro, Amal, Sam, bawa pergi bengkel lah. Bawaklah kancil tu pelan-pelan ke bengkel. Apek tu cakap tayar bocor, ada paku. Dua lubang ye kawan-kawan. Ini semua sebab jalan baru tu punya pasal. Haihhh. Takpe, tunggu je dengan cool. Dari lapar terus kenyang ;) Alhamdulillah, kena charge RM 5 sahaja. 
So, pengalaman bawa kereta ke bengkel dengan kawan-kawan. Boleh dah nak handle masalah kecil-kecil ini, tak payah tepon abang ke umi ke. Yeah! dah besar. haha. Tahniah dan terima kasih kat korang ; Shiro, Sam, Amal. Susah senang bersama :) Thanks Allah <3
 # taubat dah. lepas ini taknak cakap buruk lagi pasal kancil tu. Lepas ni kena puji je :)


Saturday, February 16, 2013

New Semester.


Assalamualaikum.
Perjalanan ini harus diteruskan. Langkah yang berhenti seketika, kini di seru untuk diteruskan sehingga ke penghujung destinasi. Aku dengan dia, perjalanan kami tak sama, tetapi tempat yang dituju itu sama. Kau dan aku, bersama melangkah. Untuk bertemu diakhirnya :) Jom!
# Satu perkara yang perlu dipertingkatkan untuk semester baru ini, Hubungan dengan Allah. Yeah!

Monday, January 7, 2013

Pejamkan mata dan teruskan berjalan.

Bismillah dan Assalamualaikum.
Apa yang berlaku hari ini. Aku nak campak jauh-jauh. Aku nak lupakan. Aku nak putarkan balik masa. Aku tak nak semua ini berlaku. Tetapi siapalah aku, kudrat apa sangat yang aku ada untuk penuhi semua yang aku nak. Perkara yang dah tertulis, kalau memang ianya datang dari Allah maka ia PASTI terjadi. Kun faya kunn.
Hati aku terasa sesak, badan ku rebah jatuh ke lantai. Kaki ini tak berdaya menampung beratnya ujian-Mu. Tangan terasa lemah walaupun hanya memegang sehelai kertas nipis. Air mata tak mampu aku tahan, walaupun di depan semua orang. Langit teras gelapp, kadang aku rasa seperti mimpi. Inikah realiti? Aku mengetuk-ngetuk kepala, betul. Inilah realiti : (
Tanpa aku sedar, aku berada di posisi yang berbeza dengan kawan-kawan aku yang lain hari ini. Sedang mereka bertarung dengan Exam, aku pula bertarung dengan ujian ini. Alangkah indahnya jika aku dapat bersama-sama mereka. Oh Allah, siang malam aku memohon agar Kau permudahkan perjalanan exam aku tetapi Kau menyulitkannya untukku. Mungkin aku lupa bahawa perjalanan hidup aku ini adalah kuasa Engkau. Mungkin aku terlupa bahawa adanya aku disini kerana Engkau. Maka, apa haq aku untuk mengharap kepada perancangan hidup ciptaan ku sendiri sedang aku hanya seorang Hamba. 
Ampunkan aku kerana saat ujian itu datang aku tidak mengucapkan Alhamdulillah, malah apa yang aku lafazkan adalah " Kenapa macam ni? " . Maafkan aku kerana aku tak mampu bertenang dan tersenyum, malah aku rasa tertekan dan menangis. Aku terfikir, dalam ramai-ramai orang kenapa Allah pilih aku untuk hadapi semua ini? diam dan berfikir lagi untuk sejenak. Kemudian aku tahu kerana Allah sayangkan aku. 
Dan, bermula saat ini aku akan belajar untuk menghadapi perjalanan hidup ini sendiri. Tak perlu lagi berkongsi rasa dengan sahabat atau kawan atau kenalan. Mereka itu seperti chipsmore. Kadang ada, kadang tiada. Tetapi Allahlah yang sentiasa ada dan tak pernah tiada. Jika ujian ini datang dari Dia, pasti penyelesaiannya juga dari Dia. InsyaAllah, aku mampu menghadapinya. Pejamkan mata dan terus berjalan.