Wednesday, October 29, 2014

That day.



Assalamualaikum.
Sungguh, perancangan Allah itulah yang terbaik. Ketika kita dah tak mengharap pada sesuatu perkara itu, bahkan dah lupa dan tak memikirkannya. Maka ketika itulah Allah makbulkan doa ketika. 
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Tiada kata yang dapat diungkapkan lagi. Hanya deraian air mata saat menadah tangan, bukti betapa aku bersyukur dan tersentuh dengan segala yang berlaku. 
Melihat dia depan mata, cukuplah aku tahu dia dalam keadaan baik. Be happy, and its enough for me, friend. Keep smiling as you smile to me that day. 
Benarlah bahawa pertemuan dan perpisahan itu ditangan Allah. Kita hanya mampu berdoa, semoga Allah takdirkan yang terbaik untuk kita semua. 
Manusia itu datang dan pergi, Allah jualah yang kekal abadi <3 

Saturday, September 13, 2014

Catitan yang ditinggalkan.





Assalamualaikum.
17 September 2001.
Tiga belas tahun dah berlalu. Speechless. Aku rindu Abah. Rindu sangat sangat. Tiba-tiba rasa kehilangan yang amat sangat. Tapi rasa bangga dengan diri sendiri sebab gagah menjalani satu kehidupan baru selepas pemergian Abah. Goodjob, myself. 
Membisu. Pujuk diri sendiri. 
Its okay, Mun. The fact that you're exhausted now means that you tried.  :')
Teringat pada sebuah catatan abah yang ditinggalkan, sempat aku baca masa cuti semester hari tu. Satu pesanan yang aku kira sangat berguna buat aku dan adik-beradik yang lain. 
Kakak, Abang dan Adik, inilah apa yang Abah catitkan untuk kita, tentang Sumber Kebahagiaan. Ada empat kesemuanya.
Pertama ; Isteri yang solehah ( / ). 
Kedua ; Anak-anak yang berbakti. (  ). 
Ketiga ; Kawan yang soleh (  ). 
Keempat ; Rezeki yang halal (  ).
Kalau diperhati, hanya yang pertama je Abah tick. Yang kedua ketiga dan keempat kosong. Mungkin Abah tak sempat nak tick. Tapi, kita masih ada peluang untuk penuhinya. Sekurang-kurangnya yang kedua tu ; Anak-anak yang berbakti.  
Dengan cara apa? Doa dalam setiap sujud kita. Kemudian berbakti pada Umi berlipat kaliganda. Kerana di bahu Umi, ada tanggungjawab seorang bapa yang telah digalas untuk sekian lama. Tiga belas tahun lamanya. InsyaAllah, Abah akan bangga dengan kita.
* * * * * * * * * *


Aku tak sempat nak mengenali arwah Abah dengan lebih mendalam, kerana Allah pinjamkan beliau sebentar sahaja. Tapi, arwah abah adalah sumber kekuatan aku, membayangkan abah melawan penyakitnya demi membesarkan kitorang 
Abah siapkan segala kelengkapan dan keperluan kitorang sebelum abah meninggalkan kitorang di dunia dan menunggu kami di syurga apabila doktor telah mengesahkan bahawa Abah hanya ada 7 tahun sahaja lagi.  Allahu akbar. Menangis.
Mungkin tak banyak yang aku ingat sebab waktu tu umur baru 8 tahun nak ke 9 tahun. Tapi aku tak pernah berhenti merindui abah dan mendoakan abah. Mendengar cerita dari umi dan kakak dah cukup buat muka aku merah padam menahan airmata. Cukup buat hati aku berdegup laju menahan sedih dan luluhnya hati. Allah. Nangis lagi.
Seperti orang lain, aku juga dahagakan nasihat dan pesanan dari seorang yang bernama Abah. Jika orang lain boleh saja call atau wassap abah mereka minta nasihat dan kekuatan, aku tidak begitu. Jalan aku lain, bukan dengan cara call atau wassap. 
Tapi dengan membaca segala catatan yang ditinggal oeh arwah abah. Aku sangat yakin, disebalik bait-bait kalimah yang ditulis dalam buku-buku catatan arwah, pasti ada beribu mutiara nasihat dan sumber kekuatan yang tersedia untuk kitorang. Cuma perlu usaha sikit, insyaAllah.
Begitulah kehidupan. Aku percaya, apabila Allah datangkan sesuatu ujian pada hambaNya Allah takkan tinggalkan kita terkapai-kapai. Dia sentiasa ada dengan kita untuk tempuh segalanya. Begitulah bagaimana hubungan seorang hamba dan Pencipta menjadi utuh. Apabila seorang hamba sentiasa bergantung dan berhubung dengan Rabbnya.
My beloved sibling, semoga apa yang telah kita lalui ini mengutuhkan hubungan kita denganNya, Allah. We lost without You. Seriously.

Saturday, May 31, 2014

Final Exam.


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dah habis empat belas minggu untuk Tahun 3 / semester 6. Sepuluh hari lagi untuk start final exam. Cepat masa berlalu, dan aku sedang buang masa menulis blog. Haihh. Nak cari semangat dan feel untuk menelaah tu sangatlah susah. Tapi Alhamdulillah, sikit-sikit semangat tu datang.  Semoga Allah lancarkan perjalanan final exam untuk semester ini buat aku dan kawan-kawan seperjuangan. 
Exam ini sama ada kita sedia atau tak kita tetap akan laluinya, itu lumrah seorang penuntut ilmu. Jadi, jangan strees sangat dengan debaran exam itu, tetapi apa yang lebih penting adalah nilaian Allah ke atas  kita sepanjang kita menghadapi peperiksaan. Niat kita, selalu terpesong apabila exam menghampiri. Permulaan semester bolehlah nak maintain niat belajar lillahi ta'ala tapi bila dah menuju final ni payah sikit. Semoga Allah tetapkan matlamat dan tujuan kita belajar ini tetap dan sentiasa kukuh hanya keran Allah ta'ala. Amin. 

  1. Entrepreneurship                    10 Jun 2014 
  2. Research Methodology          13 Jun 2014
  3. Mabahis Ta'arud wal Tarjih    17 Jun 2014
  4. Fiqh Qadha'                           19 Jun 2014
  5. Mabahis Ifta' wal Ijtihad         19 Jun 2014
  6. Food Safety and Regulation    26 Jun 2014
  7. Consumer Chemistry              27 Jun 2014 
 
So, semoga Allah berkati kita semua dalam menempuh Final Exam ini dan berkati juga kehidupan kita semua dunia dan akhirat. Lets try our best, leave the rest to Allah. Ingat, Exam bukanlah segala-galanya. 


Tuesday, May 13, 2014

Cerita Lama.



Assalamualaikum.
" To all those broken or hopeless, I have learned this: Be grateful for every single person who was part of your story. The ones that hurt you. The ones that helped you. The ones that came, and the ones that left. They all taught you. Don’t think for a moment that any of it was random. There are no oversights with God. Only perfectly crafted chapters in each unique journey." - Yasmin Mogahed
Rasa nak nangis bila cerita lama dibuka kembali. Aku dah lama kunci pintu cerita lama itu, tutup rapat-rapat dan tak teringin pun nak buka semula. Cukuplah sakit itu sekali sahaja kami lalui, tak sanggup rasanya nak lalui untuk kali kedua.
Katanya dulu lain, sekarang lain. Untuk orang yang tak berada di tempat kami, mereka takkan faham. Tiada bezanya dulu atau sekarang. Ini bukan soal pentingkan diri, cuma hati ini memang tak pernah bersedia untuk menerima orang lain. Cukup bersyukur dengan apa yang sedia ada. Alhamdulillah, we survive until today.
Saya sangat menghargai niat murni kalian, tetapi realitinya tak semudah yang disangka. This issue is really need a deep thinking. Allah, please lead us to a better life dunya akhirat. Amin. 
Abah, seriously rindu sangat kat Abah. 

Monday, May 5, 2014

In Silence.


Assalamualaikum.

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه)
(فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان

Dalam pada aku cuba hafal dalil-dalil untuk setiap subjek dan cuba memahami makna untuk setiap dalil itu, semakin aku rasa hinanya diri ini. Hati aku tersentak dengan hadis kat atas tu, benarlah aku mempunyai selemah-lemah iman. 
Kemungkaran atau bahasa lembutya kesalahan, aku tak mampu nak cegahnya dengan segala kudrat yang ada. Aku tahu perbuatan itu salah, mereka pun tahu tetapi aku hanya berdiam diri. Hanya membenci perbuatan itu dalam hati sahaja. 
Benci dalam hati tak bagi faedah untuk orang lain, tapi hanya salah satu ciri orang yang pentingkan diri. Kau selfish, Mun. Hmm. Tak nak cuba buat sesuatu ke? Bukan taknak, cuma rasanya mereka itu dah tahu hakikat halal dan haramnya perbuatan itu tetapi masih buat. 
Nak salahkan siapa dalam hal ni? Kalau nak kata terpengaruh dengan persekitaran, aku tak rasa reason itu masih releven sebab mereka golongan minoriti yang buat. Majoritinya tak buat pun. Jadi, tak boleh salah kan persekitaran kan?
Atau mungkin rakan-rakan yang terlalu baik, sampai perkara yang tak baik pun tak berani nak bersuara. Ataupun mentaliti kita dah set yang diorang dah tahu halal-haram, pandai-pandailah bawa diri. Rasa-rasa kalau kesalahan tu berlaku dan kita tahu tapi kita diam sahaja, saham dosa itu dapat kat kita jugak tak? 
Risau kalau-kalau dalam aku berdiam diri ini sebenarnya aku berkongsi dosa dengan mereka. Risau kalau-kalau kerana aku tak tegur, dosa aku berlipat kali ganda daripada mereka. Risau kalau-kalau ini petunjuk bahawa status Iman aku dalam keadaan tenat dan perlu dibaiki. Risauuu.

 اللهم أعني على ذكرك و شكرك و حسن عبادتك
"Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir pada-Mu, mensyukuri-Mu, 
dan memperelokkan ibadah kepada-MU"

Allahummah Amin.
Sekian.

Friday, April 11, 2014

Path in life.


May Allah guide me. Amin.


Assalamualaikum.

Dalam hidup ini, penyesalan adalah perkara yang paling sukar untuk kita hadapi. Menyesal dengan langkah yang kita pilih, dah terlambat. Takde istilah berpatah balik apabila ianya dah berlalu. Hanya penyesalan yang berterusan.
Tapi, jika difikirkan semula segala persediaan telah dibuat. segala aspek telah dinilai. segala jalan telah cuba dihamparkan sebagai pilihan. cuma, yang susah apabila tiba saat untuk memilih. kerana hidup ini tiada istilah berpatah balik, maka memilih itu menjadi suatu yang sangat berat. takut tersalah pilih. maka seumur hidup akan menyesal. 
Aku sangka inilah pilihan terbaik. Aku berdoa agar diberi petunjuk, setelah hati nekad maka aku pilih jalan ini. Maka, aku tenang dengan jalan yang aku pilih. Namun tenang itu hanya sementara. Pelbagai persoalan menjengah.
Kadang-kadang hati ini membuat aku ingin toleh ke belakang. Mengingatkan aku pada segala yang telah berlaku. Suatu yang menyesakkan jiwa, tak nak aku ingat lagi. Hanya yang indah bakal aku simpan. Yang buruk, aku buang satu-satu. Kerana mengharap, suatu hari nanti bila aku terkenangkannya, aku akan ingat yang indah sahaja.
Nak kata aku terlalu memikirkannya, tidak rasanya. Mungkin ada rindu yang bersarang jauh nuuun di sudut hati. Maka Allah jadikan mimpi itu sebagai pengubat rindu, mungkin. Dah lah, jangan terlalu persoalkan kenapa. Pasti Allah ada aturan yang terbaik buat hambanya. Trust HIM. <3

 

Tuesday, April 1, 2014

Dont Hope.


Assalamualaikum.

" If you have money, you can buy anything on earth, but do you think you have enough money to buy yourself a place in Jannah? "

Allah. Rasa macam ditoreh-toreh hati ini. Malunya aku pada Allah. Tatkala aku bimbang dengan ketidakcukupan dunia, aku lupa bahawa Akhirat itu lebih besar. Aku lupa dunia ini sementara, aku lupa. Dan manusia itu fitranya lupa dan alpa. Ighfirli, Ya Rabb. 
Tatkala hati aku hilang arah. Hanyut dibuai kerisauan dunia, Allah tegur aku. Seolah-olah ayat itu berbicara sebagai pengantara aku dengan Nya. Sungguh halus dan menusuk kalbu. Hati ini berbisik ;
Jangan bimbang, Munirah. Semuanya cukup :)
Allah pujuk. Allah tahu apa dalam hati. 
Tatkala aku bimbang dengan janji yang bakal dikhianati, aku lupa bahawa hati manusia itu milik Allah. Bukan pada manusia sepatutnya aku merayu, tetapi kepada Allah. Aku lupa. 
Bukan pada dia, aku mengharap. Kalau dia mungkir, bukan urusan aku. Tapi urusan dia dengan Allah. Mungkin juga ianya sebahagian dari urusan aku, jika kerana janji yang dikhianati itu buat aku terluka. Maybe.
Dont hope people to fulfill their promises. Never. Just forget it.

Tuesday, March 25, 2014

Solehah.



Assalamualaikum.
Suatu bebelan buat diri sendiri.
Semoga bermanfaat.

"Mun, susahnya nak cari lelaki soleh. Kan?"
Hmm. Diam dan tunduk. Tanda setuju.
Aku setuju sangat dengan dia. Kenapa susah? Mungkin sebab kita yang cari. Mungkin sebab kita yang mengharap dan mendambakan lelaki yang soleh. Kita bergantung pada diri sendiri untuk mencari, memanglah susah. Cuba kalau kita serah pada Allah untuk carikan, senangkan?
Semua orang tahu kan, lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah dan begitulah sebaliknya. Ayat ini selalu je disebut-sebut dibibir pemuda-pemudi hari ini. Kalau di tanya, semuanya nak yang soleh, nak yang solehah. Tapi, Soleh kah kita? Solehah kah kita? Kita nak yang soleh dan solehah tapi kita tak bertindak ke arah itu. Duduk dan berfikir. 
Bagi aku ada DUA perkara penting yang perlu dibuat dalam hal ini.
Pertama : Perbaiki diri untuk  jadi soleh dan solehah.
Kenapa? sebab kalau kita tak solehah macam mana nak dapat yang soleh, kan? Kita mengharap seorang lelaki yang menundukkan pandangan, tapi kita biarkan mata kita melilau dari timur ke barat, dari utara ke selatan. Kalau boleh semualah nak ditengoknya. Macam mana tu? Kita mengharapkan seorang lelaki yang baik akhlaknya, tapi kita buat sesuka hati. Mana adabnya, mana malunya, mana? Hilang. 
Adil ke macam tu? tak rasanya. Ikhtilat entah ke mana,  rasa malu entah ke mana, adab entah ke mana, tapi boleh mengeluh susah nak cari lelaki soleh. Sedih. Lebih baik kita mengeluh tentang diri sendiri dan cakap macam ni : 
" Susahnya nak jadi solehah.
Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk jadi solehah sebab tu kita tahu susahnya nak jadi solehah. Setiap kesusahan itu ada pahalanya di sisi Allah. Ingat tu sampai bila-bila. Susah kerana satu kebaikan, InsyaAllah di sisi Allah tak pernah sia-sia. 
Bermuamalat dengan yang lain jantina itu biarlah berpada, Professional gituu. Berurusanlah hanya bila ada keperluan dan habis disitu. Tak perlu rasanya nak lanjutkan urusan itu.  
Jadi, jom kita jadi SOLEHAH ! 

Kedua : Berdoa Kepada Allah.
Doa itu perkara yang sangat penting dalam hidup seorang muslim. Allah dah kata berdoalah, maka akan Allah perkenankan. Seiring dengan usaha kita untuk mengislahkan diri, sambil itu kita berdoa. Bukan doa yang kejap ada kejap hilang tapi doa yang berterusan. 
Doa itu perlulah sejajar dengan amalan kita. Bukannya macam orang kata cakap tak serupa bikin. Berdoa bagai nak rak, semoga Allah beri yang soleh tapi lepas doa kita pun hilang dan hanyut. Jangan letakkan gap antara doa dan amalan.
Pentingnya kita solehkan diri sebelum berdoa, agar doa kita lebih tulus dan matlamat kita makin jelas. Apa sebenarnya yang kita harapkan. Bila kita dah sucikan hati, hati lebih ikhlas untuk berdoa. Doa dan jangan putus asa dengan Allah. Letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah. Dialah pemilik diri dan hati kita. Hanya Allah. 
Cukuplah dua perkara ini kita laksanakan dan jangan lupa istiqamah. Ini pun salah satu proses kita mentarbiyah diri. Dan proses tarbiyah itu berlaku secara berterusan sampai kita kembali bertemu Allah. Sebab manusia ini fitrahnya memang buat dosa, sebab itulah kena berterusan islah dan tarbiyah diri. Good luck! 

"Yang menegur tidak semestinya lebih baik, mulia mahupun arif nak dibandingkan dengan yang ditegur, Ianya hanya pesanan untuk kita memperbaiki diri."

 Sekian. Wallahu ta'ala A'lam.

Sunday, March 23, 2014

Memiliki untuk Memberi.


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Finally my lappy is baaaaaaack! Seriously sangat seronok ye wahai kalian semua yang berada to the center of the world. Yiihaa. Okay, dah. Cukup, excited sikit je. Tak boleh lama-lama, nanti lupa akhirat. 
Terima kasih kredit to Kak Ana dan suaminya sebab sudi tolong baiki laptop ni. Free of charge pulak tu. =.=' Rasa bersalah sangat sebab tak bagi pape dan sebab kak Ana tak minta pape. Takpe, nanti Arah fikirkan nak bagi apa ye. InsyaAllah. May Allah bless you and ease your life, dear Kak Ana & husband. Amin. 
Hampir setengah semester takde laptop, struggle jugaklah. Pinjam laptop umi kejap, menumpang laptop kakak kejap, menyibuk kat laptop kawan kejap. Terima kasih kat semua yang tolong. Memiliki untuk memberi kan? Bila senang kita memberi, bila susah orang lain pula yang memberi. InshaAllah, semoga Allah redha ke atas kita semua.
 

Tuesday, March 11, 2014

Musibah untuk kita Muhasabah.



Assalamualaikum.
Lepas satu-satu tugas selesai. Alhamdulillah. Allah bantu. Kita struggle kat sini, orang lain pula struggle kat sana. Kita struggle dengan assignment dan pelajaran, orang lain struggle dengan MH370. Semoga Allah lindungi mereka dan bukakan jalan untuk temui mereka semula. 
Dan ingatlah, setiap yang Allah takdirkan itu tak pernah satu pun yang sia-sia. Maka, apa yang terjadi itu adalah bukti Kebesaran dan Keagungan Allah. Kapal terbang yang sebesar itu boleh hilang tiba-tiba, Subhanallah. Semoga dengan kejadian ini dapat membuka hati-hati manusia akan Keagungan Allah. Agar dapat membawa hati-hati yang alpa kembali kepada Penciptanya. Allahu Akbar. 
Cuaca yang semakin tidak menentu. Kat Nilai pagi tadi sejuk teramat sangat. Angin yang bertiup juga membawa udara yang sangat sejuk. Tetapi bila petang, sesak nafas dengan asap tebal dan jerebu. Sampai dalam rumah pun bau asap. Jangan tanya kenapa cuaca jadi macam ni, sebab semuanya berpunca dari penghuni itu sendiri. Ampunkan kami, Ya Allah.
Musibah untuk kita Muhasabah. 

Saturday, March 8, 2014

Jiwa & Cinta.



Assalamualaikum. 
Umi, jaga diri ye kat Sabah. Semoga Allah mudahkan urusan Umi. Kuatnya semangat umi, dalam keadaan diri yang tak sihat tu pun, masih lagi keluar berbakti kepada masyarakat. Dekat betul ummah ini di hati umi. Semoga Allah redha dengan usaha umi, dan moga Allah anugerahkan umi dan abah syurga yang tertinggi di akhirat nanti. Amin :)
Abah, dah hampir tiga belas tahun. You went so soon, Abah. Kalau kitorang rindu Abah, umi lagi-lagilah rindu dekat Abah kan? Alfatihah untuk Abah. 
Kalian jiwa ku, Kalian cinta ku. <3


Friday, March 7, 2014

Krabu-Krabi


K R A B U - K R A B I !

Assalamualaikum.

"اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهل وأنت تجعل حزن إذا شئت سهل"
Berdoalah kepada Allah untuk dipermudahkan segalanya. Agar yang susah menjadi senang, yang payah menjadi mudah, yang sedih menjadi gembira, yang resah menjadi tenang. Sesungguhnya Allahlah yang membolak-balikkan hati manusia. Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mintalah pada-Nya.
Alhamdulillah, video pitching untuk subjek keusahawanan dah siap. Allah bantu. So, basically produk kitorang adalah inovasi makanan tradisional kelantan. Kitorang namakannya Krabu-Krabi. Eheem, sebenarnya Nasi kerabu je puuun. Cuma adalah lain sikit yang kitorang nak buat dan alter. Nampak tak telur besar kemain tuu? haa, itulah kelainan upayanya kat produk kitorang. Apapun, terima kasih Pakcik untuk Nasi kerabunya! Esok presenting the video and idea. Allahumma yusahhilna. 
Dan, sedang khusyuk buat video, dapat pula request dari seseorang.  
" Assalamualaikum and Hi. I'm currently in second semester of third year of degree. Well, sorry for my short long hiatus bcs i was too busy too much layan **** *******. Hoping that this semester is much better than before, InsyaAllah. Byee! By your truly, Amal <3 "
Terima kasih banyak-banyak ye Amal sebab tolong buatkan entry untuk blog orang ni. Dan seperti yang dijanjikan, orang post entry speacial ini. Haha. Nanti rajin, buatlah lagi. :)

Thursday, March 6, 2014

BELAJAR.



Assalamualaikum.


Penat? Letih? Dunia kaan. Memang kita kena penat kat dunia, untuk rehat di akhirat. Kalau kita penat, ingatlah ada orang yang lebih penat dari kita. Takpe, letih dan penat tu sementara saja. Kalau kita nak penat dan letih kita itu berbaloi, buatlah sesuatu yang Allah suka. Penat dan letih kerana melakukan sesuatu yang Allah redha, ada pahala dan nikmatnya yang bakal kita perolehi. 
Tahun tiga, semester keenam. Dalam banyak-banyak semester, inilah semester yang paling sibuk. Berderet kerja yang menunggu untuk di siapkan dan ditelaahkan. Takpe, kita sibuk orang lain pun sibuk. Lumrahlah orang belajar. Sibuk ini pun satu pelajaran untuk kita. Kalau selama ini kita hidup rilek-rilek, tak pernah nak kalut-kalut, jarang-jarang fikiran ini serabut, selalu buang masa je, jadi nah. Allah bagi kita sibuk supaya kita boleh paksa diri kita untuk belajar manage masa kita. Sebab kita ini kalau tak terdesak, takdelah nak belajar dan praktikkan. kan? 
Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, Yakinlah dengan penyusunan Allah ke atas hidup kita. InsyaAllah hati tenang, jiwa lapang. Just go on, and make people happy :)