Friday, April 27, 2012

Kerana kita milik Dia

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Takziah buat sahabat saya Azyan Syafiqah yang baru kehilangan bonda tercinta malam semalam.  Al-fatihah buat arwah bondanya. Semoga bondanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, inshaAllah. Sama-sama kita doakan ye.

Kehilangan adalah suatu rasa yang menyedihkan lagi menyakitkan. Siapa dalam dunia ini yang mahu kehilangan apa yang dimiliki. None of us.

Tetapi  itulah  hakikat  kehidupan. Kita  kehilangan  orang  yang  tersayang  kerana  mereka  bukan  milik kita.  Tetapi  milik  Allah 'Azzawajalla. Bukan  mereka  sahaja  tetapi  kita  juga. Ah,  senang  cakap  tiada suatu  pun  milik  kita  dalam  dunia  ini. Semuanya  pinjam  semata-mata. Dan  adat  apabila  meminjam  itu adalah  harus  memulangkannya  semula. Lagi-lagi  apabila  tuannya  telah  minta  untuk  dikembalikan. 

Ibu / Ayah, semoga dikau aman disisi yang Maha Berkuasa. Anakmu sentiasa mendoakanmu. Tenanglah dikau, semoga kita bertemu di syurga :)

Air  mata  yang  berderai  saat  semua  itu  berlaku, janganlah  dikesali. Kau  berhak  menangis, sebab  itulah air  mata  dicipta. Untuk  kau  lepaskan  apa  yang  kau  rasa. Menangislah,  kawan. Kau  memang  perlukan  air  mata  itu  sekarang. Memang  saat  ini, hanya  kau  dan  Allah  yang  tau  apa  yang  kau  rasa. Apa  yang  kau  tanggung  itu  adalah  suatu  yang  tidak  boleh  dikongsi  dengan  orang  lain. Sekalipun  kau  cuba  berkongsi,  kata-kata  tidak  cukup  buat  mereka  mengerti  perasaan  kau. Menangislah  jika  itu  buat  Yan  tenang  dan  lega.

Lagi banyak dugaan yang sampai pada kita, lagi banyaklah kasih sayang Allah yang sampai menyelimuti kita jika kita bersabar.

Janganlah  rasa  putus  harapan, kerana  Allah  sedang  menunggu  kau  berpaut  pada-Nya. Allah  sedia membantumu  bila  kau  perlukan-Nya. Hidup  kita  perlu  diteruskan  walau  satu  dunia  telah  meninggalkan  kita  kerana  hidup  kita  pinjaman  dari  Allah. Kita  perlu  kendalikannya  dengan  bijaksana.  Fighting,  Yan !  orang  sentiasa  doakan  yan  :)

Wednesday, April 25, 2012

Iktibar dari kematian.

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.




Allah. Allah. Allah. Innalillahi wainnailaihi raji'un.
Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku yang berkuasa atas segala sesuatu. Jika itu takdirmu, tiada suatu kuasa pun boleh menghalang apatah lagi menidakkan. Aku sebagai hamba harus terima dan redha. Tiada suatu pun yang ditakdirkan atas seseorang hamba itu melainkan ada hikmah yang menyorotinya.

Cukuplah Mati itu sebagai peringatan. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai Mati. Mati itu suatu kepastian tetapi kita sering lupa.

Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah sahabat seperjuangan saya, saudara Hafizuddin yang telah kembali bertemu penciptanya; Allah, petang tadi. Sayu :\  Walaupun tak kamcing dengan dia tapi dia still se-batch dengan saya. Rasa tersentap sangat bila dapat berita tu. Allah. Allah :(

Dia jaguh nasyid sekolah kitorang dulu. Lagu inilah yang selalu didendangkan setiap kali buat persembahan. Sedih. Sayu. Hmm, usahlah ditangisi yang telah pergi tetapi tanyalah diri kita dah bersediakah nak bertemu Allah. Dah ready ke, wahai Munirah Nazihah binti Yasni ?

Ya Allah, jadikan aku, keluargaku, sahabat-sahabatku Husnul khatimah. Matikan kami dalam keadan mentauhidkan-Mu, Ya Rabbul 'Izati.

Dalam hidup kita seharian, selalu sibuk dengan sesuatu yang tak pasti. Selalu stress dengan perkara yang remeh-temeh. Selalu bersungguh dengan perkara yang seketika sedangkan kita lupa bahawa Mati itu lah kepastian. Tapi selalu tak ambil peduli dengan amalan kita. Padahal dunia ini adalah tempat kita mengutip segala bekalan untuk perjalanan akhirat. Dunia ini tempat kita bercucuk tanam, sedangkan akhirat tempat kita menuai. Tepuk dada tanya iman. Al-Fatihah ~