Friday, September 6, 2013

Semoga bertemu lagi.


Assalamualaikum.
Bisakah yang terpadam dinyala. Bisakah yang terhina dicinta. Walau ku himpunkan sesalku, bisakah terbuka kalbu. Bisakah yang dibenci di sayangi. Bisakah yang dusta dimaafi. Walau ku himpunkan sesalku, bisakah terbuka kalbu? Bila sendu ku berlinang sayu, dalam rindu ku tertanya. 
Allah sedang berbicara dengan aku tentang segalanya. DIA biarkan aku mencorak hidup aku sendiri, namun aku tak mampu. Sehingga akhirnya DIA berbicara dengan aku. Tentang salah silap aku. Tentang akhlak buruk aku. Tentang hubungan hati aku dengan-Nya. Tentang segalanya. Dan kini aku cuba mengerti dan memahami. Cuba menerima dan meneruskan langkah. Dari satu bab hidup, ke satu bab yang lain. Semoga Allah bimbing aku dan terus bimbing aku. 
Aku memohon ampun dan maaf kepada semua jiwa-jiwa yang dah terluka pedih kerana kelemahan aku sendiri. Demi Allah rasa sayang itu masih utuh dalam hati ini dan aku akan pelihara hingga ke akhirnya. InsyaAllah. Aku terima ucapan selamat tinggal itu bukan untuk berpisah selamanya, tetapi berpisah untuk bertemu semula dengan nafas baru dan suci.


No comments: