Sunday, November 18, 2012

Untuk aku, untuk kamu.


Assalamualaikum, 
Menitis air mata aku baca, Pesanan Syeikh Ahmad Yassin kepada para pemuda dan pemudi. Bacalah dan selamilah dengan hati yang ikhlas, kemudian reflect pada diri kita. Pesanan yang aku kira sangat berguna untuk aku dan juga kalian, InsyaAllah.
  1. Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokkan dan kealpaan kehidupan dengan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
  2. Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk mendekatkan diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
  3. Para pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap Allah SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
  4. Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebut cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
  5. Wahai puteriku, aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
#Kirimkanlah Qunut nazilah di setiap doa kalian, semoga ALLAH redha :) 

Tuesday, September 4, 2012

Masih aku.



Assalamualaikum.

Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan oleh-Nya. Post kawan kat facebook tadi buat aku flash back balik benda lama. Ini yang nak nangis pulak den raso. Sahabat lama, aku merinduimu :') Aku terbaca satu artikel ini, dan memang padanlah dengan apa yang terbuku di hati ini. its just the same !=.='
   
"I just miss u. whether you still remember me or not, it's not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too."

Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendegar ceritaku, rintihanku, tangisanku. Terima kasih kerana memilih untuk bermain dengan aku dari kalangan kawan-kawan kau yang ramai. Namun, maaf jika kau merasakan sebaliknya sepanjang mengenaliku. Luhur budimu tidak akan aku lupakan, Sahabat!

Semoga setiap langkah yang terbuka akan membukamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan beerti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia. Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi. Tapi tolong jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini. Aku masih aku yang dulu :')

Sunday, September 2, 2012

Welcome back, everyone.





Assalamualaikum.

Hari-hari cuti menjadi semakin pendek. Segalanya perlu kembali ke tempat asalnya. Perjalanan yang masih panjang perlu segera aku teruskan. :) Semester depan takkan sama dengan yang sebelumnya. tidak akan sama. Kesusahannya pasti berlipat kali ganda, pasti menuntut air mata yang melimpah ruah. Bukan calang-calang ujian yang bakal aku hadapi, hanya kekuatan dari Allah ku harapakan. Allahumma yusahhil, Amin. Alaaaa, nak kena balik usim daah =.='

Keadaan pun bakal berubah. Mungkin rutin harian pun berubah, dengan kawan-kawan yang tercampak merata-rata tempat. Serious, tak dapaat bayangkan macam mana keadaannya =.='  Semoga semua baik-baik sahaja lah, InsyaAllah. Paling penting adalah Nawaitu kita. Kena set betul-betul. Adab, akhlak, disiplin, doa. Semua itu perlu dipertingkatkan :) Welcome back, everyone !

Ya Allah, lancarkan segalanya. 
Jauhkan aku dan keluarga serta 
semua sahabat dari  perkara yang buruk.
Kenapa hati rase tak sedap ni,  takuuut . 
Selamatkan dia, Allah.

Tuesday, July 10, 2012

Awan Nano :)

DENGAN NAMA ALLAH 
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Alhamdulillah, masih bernafas lagi hari ini. Semoga Allah berikan kita peluang untuk berada dalam bulan Ramadhan dan laluinya dengan penuh hikmah. Macam mana preparation? haiyyok! im talk to my self. tak tanya orang lain, sebab diri sendiri pun tak habis prepare lagi. 

Sebagai seorang da'ei, kita perlu cakap apa yang kita dah buat. Bukan cakap banyak banyak tapi tak buat, kan? sebab itulah yang namanya Daei itu adalah " Islah nafsaka wad'u ghairak " . Apetu? maksudnya, perbaikilah dirimu dan ajaklah orang lain. So, daei kena mula dengan diri sendiri dulu tapi bukan tunggu diri itu jadi perfect. Kena ingat tu :)

Kenapa update? sebab Rindu <3 Awak, kenapa susah sangat nak jumpa ni. Untuk cik Fatimah Abdul Rashid - Nurul Hasanah Mohd Abdul Basir , bila yang sebenar-benarnya kita boleh jumpa ni? Tak jadi-jadi plan kita, kan? sedih tau. Cerita yang nak share dah boleh buat journal tau tak. tunggu nak produced je. ;) So, lets pray supaya kita boleh berjumpa juga one fine day, okaay!

Actually, ade sesuatu yang buat orang teringat korang. Pabila orang rasa tiada keikhlasan dalam sebuah persahabatan. Apa sebenarnya sebuah persahabatan itu? can someone make it clear for me? Yes, I am. Tak mampu nak menghadapinya, so orang lari daripada situasi itu. Serius, orang tak tau apa yang orang buat sekarang ini betul atau tak. Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang benar. Amiiin. 

Aku mencari ke mana hilangnya keikhlasan itu, mungkinkah disebalik kesakitan yang kau beri pada aku? mungkinkah di sebalik kata-kata pedih yang kau lontarkan? tunjukkan aku mana perginya ikhlasmu.

Aku mencari ikhlas, tapi tak jumpa. Jadi aku putuskan untuk membawa diri. Give time to myself, untuk betulkan balik apa yang silap. Semoga Allah redha kita semua ye. Maaf. Aku terfikir lagi untuk privatekan blog ini, perlu tak?  Aku mencari Awan Nano. Salam :)




Thursday, June 21, 2012

End already.

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAPA PENYAYANG.


Maka berakhirlah sebuah cerita yang di dalamnya penuh suka dan duka. Gelak tawa dan tangisan yang tidak akan aku lupakan. Berakhir sudah Tahun satu aku sebagai pelajar Fiqh dan Fatwa :) eh! last paaaaaper belum lagi lah, haha. segala yang berlaku mengajar aku erti kehidupan sebenar juga realiti sebenar sebuah kehidupan. Pengalaman itu juga seorang guru buatku dan buatmu jua :)

Berakhir sudah pencarian cintaku,
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini telah ada yang miliki,
tiba diriku di penghujung mencari cinta,
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri. Wahidaa, sambung cepaat :)

Aku belajar banyak perkara dan aku rasa pelbagai perasaan. Segalanya tersimpan di sudut hati kecil aku. Aku berdoa agar Allah mentakdirkan hanya yang terbaik untuk ku di masa hadapan. Sesungguhnya apa yang telah terjadi itu adalah suatu teguran dan pengajaran dari Allah untuk aku. Since aku ini seorang hamba yang selalu terlalai, jadi Dia beri aku peringatan agar selalu berada dekat dengan-Nya :)


Everything gonna be okay, Munirah :)
FIGHTING !!



Monday, June 18, 2012

Warming Up.

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.



Ramadhan Al-Mubarak nak mai dah. Tapi tak start buat preparation apapun. Puasa 27 Rejab pun boleh terlepas. Sedih tak? :( tengok orang lain puasa, aku tak pun. Ruginya lah badan. So, tetamu istimewa nak datang tak lama lagi. Aku target nak buat preparation penuh lepas habis exam final ni kot. eh, tak boleh kot kot. Mesti. alwajibul ghunnah!

Pertama ; kena banyakkan pembacaan tentang Ramadhan. Sebelum berjumpa, kenalah selidik dulu siapa yang nak berkunjung itu kan :) supaya kita tahu apa yang sepatutnya kita buat dan apa yang tidak patut kita buat, okay !

Kedua ; warming up dengan puasa Isnin Khamis setiap minggu. Bagi aku yang ini berat sikit dalam fatrah imtihan ni. Aku memang tak boleh puasa kalau nak exam, lapar itu mengganggu fokus ku. arghh, lapaaaar~ tapi, bila dah bali cuti nanti, InsyaAllah aku akan buat. Munirah, FIGHTING!

Ketiga ; kena latih diri tidur awal dan bangun awal. Bulan puasa kan kena sahur, kenalah practice :) kalau bangun awal tu, maybe mampu lagi kot. tapi bab tidur awal tu, berat sikit. exam kan, pulun lah study. yeke? hoho.

Keempat ; Mulakan baca Al-QUran setiap hari dan tadabbur dengan khusyu'. Alhamdulillah, yang ini aku rasa aku mampu. Ianya sebahagian dari hidup saya, dan anda juga kan? :) Ready untuk bertadarrus start 1 Ramadhan nanti ye.

Kelima ; Pelihara diri agar sentiasa memelihara wudhuk. Haaa, yang ini pun agak berat. Sebab, asyik batal je wudhu'. HIHI. takpe, duduk rumah nanti, asal batal je amik balik okay ? :). okaylah. Malam ini share lima sahaja dulu. Nanti bila-bila, share lagi lima ye. 


Sumber ini dari langitillahi.com.
Kenalah cakap, kalau tak dikira plagiarism pula kan :)
Lailatun sa'idah, Annyeooong! Salam.


Monday, May 7, 2012

정말 죄송 해요

DENGAN NAMA ALLAH
 YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.



Hati itu sepatutnya lebih dijaga rapi berbanding kesihatan jasad. Kenapa? Simple. kerana hati itu adalah Raja. Apabila hati itu kuat, maka badan yang lemah pun boleh jadi kuat. Tetapi, jika hati itu lemah maka badan yang kuat pun boleh jadi lemah :)

Selama ini aku terlepas pandang satu hal, iaitu Hati. Aku zalim terhadap penjagaan hati yang sebenarnya Raja untuk tubuh aku. I'm really sorry for that. joengmal joesong haeyo ;\ Entah betapa gelapnya hati aku dengan tompokan hitam. Cuba bayangkan setiap satu maksiat itu satu titik hitam. Astaghfirullah. ohhoooook !

Hajiman, aku bersyukur sangat. Semalam, aku dapat rasakan Allah sayangkan aku. Aku hampir miss halaqah semalam, padahal aku dapat sesuatu yang tak ternilai harganya semalam. Yes ! aku menang dan syaitan kalah :) Dia tak berjaya buat aku skip halaqah semalam. Rupa-rupanya ada sesuatu yang Allah nak sampaikan pada aku. Penyucian jiwa.

Aku dah lama tak  berqiam. Semester dua ini, boleh dibilang dengan jari bila yang aku bangun malam. Semakin jauh aku dengan Allah, rupa-rupanya. Aku bukan tak mahu bangun, sebelum tidur aku selalu niat untuk qiam tapi tak pernah terbangun. Hanya sedar untuk menutup alarm saja. Aigoo, perangai tak sememeh! ohhooook!  Rupa-rupanya, ada suatu perkara yang aku lakukan padahal itulah perkara yang menghalang aku bangun bertahajjud. Tengok atau dengar perkara yang lagha sebelum tidur. Hah, betullah tu. Dan aku cuba tinggalkan semalam, ia berhasil. Dengan sendirinya aku terjaga pukul 4.58 pagi. Aku niat untuk bangun pukul 5 pagi sebenarnya. Alhamdulillah, Allah sayangkan aku :)

Sekarang aku sedar, Allah selalu beri apa yang aku perlukan. Tapi aku selalu buat apa yang hawa nafsu aku mahu. Tak patut betullah. Aigoo =.= 

Friday, April 27, 2012

Kerana kita milik Dia

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Takziah buat sahabat saya Azyan Syafiqah yang baru kehilangan bonda tercinta malam semalam.  Al-fatihah buat arwah bondanya. Semoga bondanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, inshaAllah. Sama-sama kita doakan ye.

Kehilangan adalah suatu rasa yang menyedihkan lagi menyakitkan. Siapa dalam dunia ini yang mahu kehilangan apa yang dimiliki. None of us.

Tetapi  itulah  hakikat  kehidupan. Kita  kehilangan  orang  yang  tersayang  kerana  mereka  bukan  milik kita.  Tetapi  milik  Allah 'Azzawajalla. Bukan  mereka  sahaja  tetapi  kita  juga. Ah,  senang  cakap  tiada suatu  pun  milik  kita  dalam  dunia  ini. Semuanya  pinjam  semata-mata. Dan  adat  apabila  meminjam  itu adalah  harus  memulangkannya  semula. Lagi-lagi  apabila  tuannya  telah  minta  untuk  dikembalikan. 

Ibu / Ayah, semoga dikau aman disisi yang Maha Berkuasa. Anakmu sentiasa mendoakanmu. Tenanglah dikau, semoga kita bertemu di syurga :)

Air  mata  yang  berderai  saat  semua  itu  berlaku, janganlah  dikesali. Kau  berhak  menangis, sebab  itulah air  mata  dicipta. Untuk  kau  lepaskan  apa  yang  kau  rasa. Menangislah,  kawan. Kau  memang  perlukan  air  mata  itu  sekarang. Memang  saat  ini, hanya  kau  dan  Allah  yang  tau  apa  yang  kau  rasa. Apa  yang  kau  tanggung  itu  adalah  suatu  yang  tidak  boleh  dikongsi  dengan  orang  lain. Sekalipun  kau  cuba  berkongsi,  kata-kata  tidak  cukup  buat  mereka  mengerti  perasaan  kau. Menangislah  jika  itu  buat  Yan  tenang  dan  lega.

Lagi banyak dugaan yang sampai pada kita, lagi banyaklah kasih sayang Allah yang sampai menyelimuti kita jika kita bersabar.

Janganlah  rasa  putus  harapan, kerana  Allah  sedang  menunggu  kau  berpaut  pada-Nya. Allah  sedia membantumu  bila  kau  perlukan-Nya. Hidup  kita  perlu  diteruskan  walau  satu  dunia  telah  meninggalkan  kita  kerana  hidup  kita  pinjaman  dari  Allah. Kita  perlu  kendalikannya  dengan  bijaksana.  Fighting,  Yan !  orang  sentiasa  doakan  yan  :)

Wednesday, April 25, 2012

Iktibar dari kematian.

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.




Allah. Allah. Allah. Innalillahi wainnailaihi raji'un.
Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku yang berkuasa atas segala sesuatu. Jika itu takdirmu, tiada suatu kuasa pun boleh menghalang apatah lagi menidakkan. Aku sebagai hamba harus terima dan redha. Tiada suatu pun yang ditakdirkan atas seseorang hamba itu melainkan ada hikmah yang menyorotinya.

Cukuplah Mati itu sebagai peringatan. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai Mati. Mati itu suatu kepastian tetapi kita sering lupa.

Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah sahabat seperjuangan saya, saudara Hafizuddin yang telah kembali bertemu penciptanya; Allah, petang tadi. Sayu :\  Walaupun tak kamcing dengan dia tapi dia still se-batch dengan saya. Rasa tersentap sangat bila dapat berita tu. Allah. Allah :(

Dia jaguh nasyid sekolah kitorang dulu. Lagu inilah yang selalu didendangkan setiap kali buat persembahan. Sedih. Sayu. Hmm, usahlah ditangisi yang telah pergi tetapi tanyalah diri kita dah bersediakah nak bertemu Allah. Dah ready ke, wahai Munirah Nazihah binti Yasni ?

Ya Allah, jadikan aku, keluargaku, sahabat-sahabatku Husnul khatimah. Matikan kami dalam keadan mentauhidkan-Mu, Ya Rabbul 'Izati.

Dalam hidup kita seharian, selalu sibuk dengan sesuatu yang tak pasti. Selalu stress dengan perkara yang remeh-temeh. Selalu bersungguh dengan perkara yang seketika sedangkan kita lupa bahawa Mati itu lah kepastian. Tapi selalu tak ambil peduli dengan amalan kita. Padahal dunia ini adalah tempat kita mengutip segala bekalan untuk perjalanan akhirat. Dunia ini tempat kita bercucuk tanam, sedangkan akhirat tempat kita menuai. Tepuk dada tanya iman. Al-Fatihah ~



Friday, March 16, 2012

Sir Ridwan cakap.


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA PENYAYANG :)


Sir Ridwan ;
" bukan macam mana cara kau jatuh,
tapi macam mana cara kau bangun semula setelah jatuh "

Tak kirahlah macam mana sakit pun kita jatuh,
tersungkur, tersadung, terseliuh, tak kisah apa pun caranya.
biarkan saja sakit itu pergi,
apa yang sangat penting adalah,
bagaimana kita yang dah tersungkur, tersadung, tergolek ini
bangun melawan sakit itu untuk terus melangkah.

Nad, kita tak boleh putus asa.
Menangis takpe sebab kita sakit kan.
tapi jangan sekali-kali putus asa.
cakap kat diri aku juga :)