Friday, December 31, 2010

Makasih , semua ! Mabruk 'alaikum :)


Bismillahirrahmanirrahim .

Alhamdulillah , aku masih mampu bernafas dengan nikmat yang sangat bernilai iaitu nikmat iman dan islam . Nyawa ini masih lagi aku pinjam , dan tak tahu bila ia bakal di ambil .

Nyawa ini sudah berada di dalam jasad ini selama 18 tahun . ya , 22 Disember 1992 aku genap 18 tahun . selama 18 tahun aku hidup bergelar seorang Muslim . Tapi , apakah aku betul-betul menjaga imej seorang Muslim itu selama aku memegang gelaran itu . Suatu gelaran yang sangat mulia sebab tak semua manusia dalan dunia ini miliknya . Hanya insan yang dibuka pintu hatinya untuk menerima HIDAYA ALLAH sahaja yang beruntung . Namun , jika peribadi kita tak selaras dengan gelaran itu jangan merungut atau menyesal kerana gelaran itu dengan sendirinya akan meninggalkan kita .


Pertama kali dalam sejarah hidup , hari lahir aku dalam tempoh studi aku . Almakmulah , bila lahir bulan 12 ia berkait rapat dengan cuti :) tapi , tahun ini aku menyambutnya dengan dikelilingi kawan , sahabat dan teman .

terimass sangat atas nyanyian anda semua yang telah berjaya buat saya begitu segan dan memikat hati , :) mereka nyanyi untuk aku lepas aku penat berceloteh dalam halaqah minggu lepas . Iya , aku takkan lupa . inshaAllah .

Nak share SMS yang aku dapat :

  1. Afiqah Matnor : uit , selamat tua sayang !
  2. Fatimah Rashid : salam . sanah helwah ya jamilah .
  3. Auni : saya ngan jannah wish epi befday ! moga panjang umo n murah rezeki :)
  4. Siti Fatimah : moon , hepi birthday . semoga panjang umor, ukhuwah fillah abadan abadaa .
  5. Ilanie : Giving u a cute bear , wishing u a great day with no worries . epy birthday , sweet 18 and happy always !
  6. Nadrah : sanah helwah ! hepi besday ! sengilchukahey ! cuni shengri kuaile ! zumgebustag ! selamat hari lahir ! hah, speacial untuk sepupu+sahabat dunia akhiratku , semoga hidup anti sentiasa dirahmati Allah . doaku sentiasa mengiringimu , i love u fillah !
  7. Wafa : sanah helwah ya moonirah . Maat taufiq wa najjah wa mardhotillah . amin . uhibbuki fillah :) 
  8. Alia : epi epi epi besday !
  9. Sabirah : ku harap Allah akan memegangmu erat2 , malaikat2 akan menjagamu elok2 ,supaya kamu mendapat yang terbaik dalam hidup dan terindah di akhirat . amin . happy birthday mun !
  10. Hasanah : selamat hari jadi yang ke-18 untuk my adorable and _ _ _ _ _ _ friend ! semoga jadi anak yang solehah , berkat dan panjang umur , murah rezeki . thanks for being my best ever friend since grade 1 or 7 years old . love you so much ! 
  11. Syuhada : happy birthday ! may Allah bless u my little sis ! haha
  12. Aishah : dear mun , saengilchukahamida, otanjoubi omedettou gozaimasu , selamat hari lahir, happy birthday . May Allah bless u always and goodluck in life .
  13. Mira : sanah helwah :) happy birthday mun . hahaha . may Allah bless u . sebab tu aku pakai hijau . same tak ? :)
  14. Nik : sanah helwah mun . mudahan Allah swt sentiasa memeliharamu daripada sebarang kecelakaan dan semoga dipanjangkan usiamu spy dapat meninggkatkan ibadahmu kepada-Nya . ukhuwah fillah wa lillah . uhibbuki lillah , inshaAllah .
  15. Naimah : Selamat hari ulangtahun kelahiran . happy birthday . semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. ku tahu ucapan ini acapkali kau dgri stp kali ulg thun mu, tapi percayalah ini adalah doa tulus ikhlas utk mu agar kau sentiasa dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat . tanpa umur yg pjg dan rzki yg melimpah ruah mne mgkn kau bisa melakukan amal soleh di dunia fana ini . mabruk alaik . maaf atas keterlanjuran kata  dan perbuatan spjg persahabtn kite .

p/s : Semakin banyak umur kite , semakin pendek masa yang kita ada . Selamat bermujahadah di jalan Allah :) terima kasih ya Allah kerana berikan aku pinjam nyawa ini .

Israel akan dilenyapkan !

 

Sunday, June 27, 2010

Sanah Helwah ya Nadrah..



Bismillahirrahmanirrahim..

Post ni khas ku tujukan buat kekasih hatiku NADRAH ANISAH, my lovely cousin! sorry la dah penghujung hari la plak. Tadi tengah kumpul mood untuk tulis post ni.

Geli hati bile teringatkan rentetan peristiwa sebelum tibanye hari ini. Ada satu malam tu, bile entah. Nad mesej aku, die tanye : rah, kau dah kumpul duit ke? pastu aku jawab : kumpul duit? untuk ape? ( suspen jiddan ) die balas : minggu depankan ko kene gune banyak duet. pastu aku plak jawab : gune duit? npe? die cakap : ye la, minggu depan kan birthday aku, mesti la ko kene gune duit kan. Nak tergelak aku bc sms tu dari die. Dia cakap nak hadiah paling murah pon RM 50 . Die ingat aku ni ade bank sendiri kot. Nad, nad.

Sabtu lepas, aku balik. ( sebenarnye tiap2 minggu balik ) sempat la singgah shopping complex tuk belikan kekasih hati hadiah. Tak tau nak bagi ape. Jalan dan tengok2 dan nampak satu barang ni. Menarik. Rasa nak beli je. Jadi, aku pon belilah. sory nad, hadiah nye tak lah sebesar yang ko harapkan. Aku tak dapat tunaikan permintaan kau nak hadiah Besar Punyer!

25/6/2010, aku hanta sms kat die. Ucapkan selamat hari lahir. Ingatkan aku orang pertama, rupenye orang yang ke 4. Tapi aku sepupu pertama yang ucapkan birthday kat die. Bangge la juga sikit. kitorang plan nak jumpe kat rumah pak sedare sebab ade kenduri kahwin kat situ. tapi, Allah tak izinkan. tak ade rezeki nak jumpe. Rasa macam drama korea plak. Aku sampai je kat rumah tu, die pon baru gerak balik. tak sempat nak bertembung pon. Kasih terhalang ke tak kesampaian? Hadiah dah ade dalam kete, tapi tak dapat jumpe. Terkilan sangat.

Sebenarnye kitorang boleh je jumpe, sebab dekat. Die kat UIA NILAI dan aku kat USIM NILAI. Hari-hari lalu depan uia nlai. tapi, tak pernah nampak die. tu yang sedih tu. Lawak teringatkan suatu peristiwa ni. Nad, aku mintak maaf bukan sengaja nak buat kau malu. Tak pelah, tak sampai hati rasenye nak ceritakan peristiwa tu. biar jadi rahsia kite je ye. Aku konferm mesti ko fobia tengok bus usim lepas ni. Kesian sangat. Sabar ye, Nad. Die dah la pemalu, bertambah pemalu la die.

Aku nak ucapkan Selamat hari lahir untuk kau. Jazakillah 'ala kulli hal. Terima kasih sudi jadi sepupu aku yang sangat-sangat best. Thanks sebab selalu caring pasal aku. Selalu buat aku ketawa dan bahagia. Selalu jadi superheroin aku. Semoga Allah selalu berkati mu dan menyayangi mu. Semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk kau.Aku sayang sangat kau.

Friday, May 28, 2010

Ini langkahku

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran aku panjat kepada Allah yang Maha Pemurah atas nikmat-Nya kpeada ku yang tidak dapat dikira. Alhamdulillah, aku masih diberi iman untuk terus menyembah-Mu, Ya Allah.

Sudah beberapa hari yang lalu aku menjejakkan kaki ke USIM. Mkananye, dah bermula lah fasa baru dalam hidupku. MISI MENJEJAK CITA. Tapi, aku tau yang misi ni bukanlah mudah.

Aku tak atau kenapa, bila dengar je taklimat daripada penyelaras tentang perjuangan di alam Tamhidi ni hati aku cukup tersentu. Mengalir airmata, soalan pertama yang terdetik kat hati aku " aku mampu ke? "

Dan yang paling mengahntui aku adalh tentang MUET. Untuk teruskan pengajian ke Sarjana Muda Syariah dan undang-undang syaratnye adalah MUET band 4. Aku atkut aku tak boleh buat. Tapi. dalam masa yang sama aku yakin Allah akan memberi pertolongan kepada siapa saja yang Dia kehendaki.

Aku selalu mohon pada Allah agar aku terus diberi kekuatan, tekad dan semangat untuk terus berdiri dan berjuang hingga berjaya. Inilah jihad aku untuk islam. Aku nak beri sumbangann kepad ISLAM.

Di sini, aku mohon doa dari kalian semua. Inilah langkah ku. Insya Allah, ak akan buat yang terbaik.

Wednesday, May 19, 2010

Pesan Al-Qamah dalam bersahabat


Seorang bijak pandai telah berpesan kepada anak lelakinya

Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya dia akan melindungi kamu

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya dia akan membalas balik persahabatanmu

* Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya dia akan membantumu

* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya dia akan menerimanya dengan baik

* Jika dia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik mengenaimu dia akan menutupnya

* Jika engkau meminta bantuan daripadanya dia akan mengusahakannya

* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu

* Jika datang bencana menimpa dirimu dia akan meringankan kesusahanmu

* Jika engkau berkata kepadanya nescaya dia akan membenarkanmu

* Jika engkau merancang sesuatu nescaya dia akan membantumu

* Jika kamu berdua berselisih faham nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

Sunday, May 2, 2010

Pilihan terbaik, InsyaAllah~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat keputusan yang terbaik aku fikir untuk future study aku. Setelah aku istikharah dan bermusyawarrah dengan keluarge, kate sepakat pon telah diputuskan.
Aku hanye pilih antare due je, same ade KTD @ USIM. Mule-mule nak masuk KTD, tapi semuenye pakat membangkang. Macam-macam alasan dikemukekan termasuklah umi. Diorang suruh tunggu UPU dulu.

"Kolej Teknologi Darulnaim( kolej tarbiyah dan dakwah )"


Jadi aku buat keputusan untuk tunggu, tapi aku cakap :
arah tunggu USIM je, kalau x dapat arah masuk KTD. Kalau dapat UIA pon arah tetap nak masuk KTD. Hanye due pilihan je same ade KTD @ USIM.”
Jadi, semue setuju. Tunggu lah harinye tibe.


"Universiti Sains Islam Malaysia"




Pagi 1/5/2010, nad bagi sms : “ arah, minx no.ic
Aku pon bagi je la, malas nak tanye banyak.
Tak lame lepas tu, nad call :
arah,________ dapat USIM..”
sape? Kau ke?
kau lah, arah. Tahniah. Kos syariah undang-undang..”

Respon aku, ha!! Aku dapat USIM?? ( macam tak caye, Alhamdulillah Ya Allah !)
Respon family, kakak terus lari dapatkan umi “ umi, arah dapat usim! Tak payah masuk ktd
Semuenye gembire dengan berite yang nad sampaikan tu. ( thanks, nad )
Jadi, dah terjawab segale teka-teki. Dengan berite tu, dah ternyate pilihan aku USIM.
Memanglah gembire dapat USIM dengan kos yang memang aku nak, tapi kegembiraan sebenar apabile melihat keluarga aku bahagie dengan keputusan tu. Itulah die kebahagiaan sebenarnye. Memang inilah keputusan yang terbaik untuk semuanye. Solat istikharah memang sangat-sangat membantu. walauapepon, tetap jeles dengan kawan2 yang masuk KTD.
KTD tetap dihati~


p/s: lepas solat zohor, solat sunat syukur . tande kite hanye ade DIA je..

Friday, April 30, 2010

Ummu Muhammad @ Firyal

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, semalam dapat jadi pengiring Ummu Muhammad ke rumah Mawaddah untuk beri sedikit perkongsian. Syoknye, puas semalam. Rase terkilan tak dapat gi kat eminar wanita terubat jugak. kitorang pon bawa penterjemah sekali, Kak amira zaujah ust Nor.

Ummu Muhammad ni cerite tentang macam mane die sebelum kawin dengan suaminye yang merupakan syuhada' di Palestine. Beliau berdoa agar dapat mengahwini seorang mujahid di jalan Allah. Maka Allah memakbulkan doanye. Umi yang duduk kat depan tu jeling2 due anak darenye ni. Ops, sebenarnye jeling kakak je. hehehe

Beliau cerite lagi, beliau selalu berdoa agar suaminye dikurniakan syahid. sehari sebelum suaminye syahid, jiran-jiran mengatakan rumahnye berbau wangi. Tapi, beliau tak sempat nak sediakan ape-ape pun lagi. Esok paginye, suaminye keluar rumah tanpe sempat menjamah makanan pon. Tak lame lepas tu, beliau mendengar letupan yang kuat sangat tak jauh dari rumahnye. Beliau yakin bahawa itulah suaminye.

Tetapi, yang buatkan aku terharu bile beliau cakap yang beliautak menangis pon atas kematian suaminye. Malah beliau bersyukur kerana Allah mengkabulkan doanye. Beliau tidak membuat kenduri untuk orang ramai mengucapkan takziah tetapi kenduri untuk orang ramai datang mengucapkan tahniah atas kesyahidan suaminye. Oh, terharunye.

Beliau pesan dekat anak-anaknye " jangan sekali-kali tangisi pemergian ayah, kerana itu hanye akan memberi kegembiraan kepada musuh kite "

Beliau selalu mengingatkan anak-anaknye agar sentiasa merasai bahawa ayah mereka sentiasa ade bersame mereka. Touching sungguh !

Beliau berpesa supaye sentiasa mengirimkan doa kepada saudara2 di palestine dan jangan sekalai-kali berhenti memboikot barang2 zionist. Ingat, muqato'ah ! Boikot !

BOIKOT & DOA.

Thursday, April 29, 2010

" Kecemerlangan akademik & tarbiyah "

Bismillahirrahmanirrahim.
Erm, nak share sikit tentang ape yang aku dapat kat HiMega hari tu. Terutamenye untuk afiqah matnor. Ni waktu slot " Kecemerlangan Akademik & Tarbiyah " oleh Kah Fatimah syarha dan zauj nye Dr. farhan hadi.
Point 1 " akademik VS dakwah.tarbiyah "
Kak ha mengambil surah Muhammad : 7 sebagai hujahnye
" Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong agama Allah, nescaye Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. "
Ayat ni menjelaskan bahawe DT bukan sebab kegagalan sesorang dalam akademik. malah spae yang buat DT dan tolong agama Allah, Dia akan mengukuhkan lagi kedudukannye. So, jangan sekali2 jadikan akademik sebagai penghalang kerja2 DT atau sebaliknye.
Point 2 " study is the first but D&T is never the second "
Maknenye, study tu penting sangat lagi2 di alam IPT tapi D&T tak pernah jatuh no.2 dalam priority hidup. Dalam IPT akademik adalah co-bussines tapi dalam hidup D&T adelah co-bussines. Jadi, fikir2kanlah.
Nasihat Kak Ha,
(1) kenal jahiliyah atas keperluan bukan alasan. Ade adab dan etika.
(2) cinte itu fitrah, jagelah ia jangan sampai tukar jadi fitnah

Friday, April 23, 2010

Hidup Umi untuk DAKWAH

Bismilahirahmanirahim
Esok 24 April 2010 ade HiMega kat Kolej Zaaba. Esok gak ade Seminar Wanita kat Masjid Wilayah, KL. ( nama je seminar wanita, tapi lelaki pon boleh gak nak datang )
Umi aku jadi AJK untuk seminar wanita tu, so memang sibuk sangat. Aku rase dalam banyak-banyak program yang mak aku handel, program ni yang paling kalut, mencabar, menguji kesabaran, mencuri waktu.
Kesian umi. Cube bayangkan 24 jam dengan telefon je. Dalam kete pon dengan telepon, kat ruang tamu dengan telepon, nak tidor pon dengan tepon. Huh! aku yang tension tengok. Tak ade mase nak makan.
Malam tadi umi kene latih MC untuk majlis tu, sampai lewat malam. Tapi, aku tahu umi sangguo korbankan apepun untuk Dakwah. Disebabkan umi kene meeting untuk seminar ni, umi hampir merosakkan majlis birthday kakak. Bayangkan, umi cakap sampai rumah sebelum maghrib tapi hakikatnye sampai umah kol 10 : 30 malam.
Adek beradik semua dah tak larat nak tunggu. Hati pon dah ade macam2 perasaan. Tak pelah,nak buat camane. Sabar je lah. semua dah nak tido mase tu. Alhamdulillah, masih lagi boleh sambut birthday kakak tu.
Inilah yang di katekan mencuri mase. Sebagai anak, kenelah faham. kalau tak faham pon, kene juga cube. Sebab kerja dakwah ni buat untuk kebaikan generasi kite yang mude2 ni. Umi pesan kat kitorang semua :
" Doakanlah program esok berjalan dengan lancar. Umi takut ade masalah je."
p/s :InsyaAllah, arah doakan. amin.

Pendokong Dakwah dan Tarbiyah

Bismillahirrhamanirrahim.


Hanya dengan menjadi Pendokong D & T (pendokong'aqidah) kita akan dapat mengecapi nikmat hidup yang sebenar; Umur kita menjadi panjang...sepanjang umur dakwah.
Dunia kita menjadi luas,sebagai medan Amal dan Tarbiyyah.
Hidup dipenuhi Cinta dan Kasih Sayang, Dada terasa lapang dengan Iman dan Ukhuwah, Halangan dan cabaran menjadi dapur pembakar semangat dan meleburkan rasa lemah dan cuai, Pengalaman mematangkan akal dan fikiran, langkah diatur dengan penuhpengharapan, Janji2 Allah menjadi pengubat duka lara, sirah sahabatmenjadi penghibur dan pendorong semangat, kisah2 ulamak menjadi lampu penyuluh hidup.....
Alangkah beruntungnya mereka yang hidup untuk'Aqidah yang benar, Merasa mulia dengan Islam.

"Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda).
Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka.
Kita wajib mengemukakan pengalaman-pengalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul.
Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a."
(Mustafa Masyhur)

Wednesday, April 21, 2010

Sanah Helwah, ya Ukhti~

Bismillahirrahmanirrahim



Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Hari yang ceria ni adelah hari yang special untuk insan yang special dalam hidupku.

Happy birthday Sis! Sanah helwah ya ukhti! Selamat Hari Tue kakak!



Ulang tahun kelahirannye yang ke-22, semoge berbahagia dengan umor yang banyak tu.hahaha. Arah doakan supaye kakak sentiasa jadi wanita yang solehah, anak yang solehah dan akan datang isteri yang solehah.



Jadikanlah hari ni sebagai permulaan kepada sesuatu yang baru. Tinggalkan dan lupekan sejarah lame dan cipte sejarah baru yang lebih bermakne dan mulie dalam hidup mu!



" Ya Allah, kau jagalah wanita ini kerana sesungguhnye Kau sajelah yang dapat menjaganye dengan lebih baek. Berikanlah kebahagiaan kepadanya kerana hanya senyumannya yang ingin ku lihat pada wajahnye, Amin. "

Thursday, April 15, 2010

Hala Tuju

Bismillahirrahmanirrahim
Alhandulillah, syukur sangat2 dapat diberi waktu untuk terus beramal lagi.
Untuk post kali ni nak share sikit tentang
'' Bina Hala Tuju "
Disampaikan oleh Pakcik Engliman kat Koplit hari tu.
" Sesiape yang keluar menuntut ilmu, maka die sebenarnye sedang berada di atas jalan Fisabilillah sehingga die pulang. " ( Hadith Rasulullah )
Pakcik cakap pekataan ' PULANG ' yang di maksudkan bukannye balik rumah tapi pulang menemui Allah. Wah, berbaloi-baloi!
" Wahai Jin dan manusia, jika kamu mampu menembusi dinding langit dan bumi, maka tembusilah dan kamu tidak akan mampu menembusinye melainkan dengan kekuatan..."
(Surah Ar-Rahman : 33)
Manusia dan jin tak mampu berjaye tanpe pertolongan Allah. Segala yang berlaku semuanye atas kehendak Allah swt.
Setiap manusia mesti ada " Misi Hala Tuju " masing-masing
1) Jangka pendek
2) Jangka sederhane
3) Jangka panjang
Semue hale tuju ni perlu dilakukan serentak dan selari. Dan hala tuju ni semestinye menuju ke pada satu tempat iaitu SYURGA.
p/s : tuntutlah ilmu sehingge ke liang lahad.. (^_^)

Tuesday, April 13, 2010

Ukhuwah itu INDAH

Aku sayang kawan-kawan aku!

Manis kan ukhuwah itu jika kerana Allah. Aku takkan lupakan korang, InsyaAllah. semua kenangan yang tercipta kat JATIDIRI tu, masih ade lagi dalam ingatan ku.

Salah satu benda yang special pernah berlaku dalam hidup aku adalah dapat kawan dengan korang. Engkorang ni lah sahabat aku dunia akhirat. Teringat kata-kata biyah :

kita ni nama je baru kenal, tapi dah macam satu kuarge

{ Izzah*Nina*Eina*fiqa*Biyah*Una*Bibah*Bila*Adah*Mun*Nad }
aku akan ingat korang sampai bile-bile.. terharu tak??

Ade satu tragedies yang betul-betul bagi kesan kat sume. Masa perpisahan dengan nadhirah ala-ala akademik fantasia tu. Sedeh sangat. Kata-kata Nad yang aku tak leh lupe

kenapa aku?? Tak nak tukar kumpulan!”

Kitorang terpaksa tinggalkan nad kat dalam dewan tu, dan pergi ke bilik solat. Semuanye berlaku dengan pantas. Una cakap “ macam AF plak

Lepas tu, boleh pulak fiqa seleseme. Padahal nangis! Adoi.. sume muke blur bile fiqa cakap die seleseme kat makcik Zan. Dalam hati cakap “ bile mase plak die seleseme?”

Rupe-rupenye, tak abis feelling dengan perpisahan Nad. Terharu betul. Memang aku tabik dengan fiqa. Padahal dye baru kenal Nad kat situ. Oh, touching betul. Macam drama plak.

Tapi, kitorang tetap anggap Nad salah sorang kump kitorang. Sweetnye bile teringat kan coral speaking kite. Surprise untuk Nad!

Ingat-ingat itu remember, jangan lupe itu don’t forget, saya sayang kamu, I love you, hanya engkau only you..”
malu Nad di buatnye. Sape la punye idea tu kan..hihi

Ingat lagi perjumpaan yang kita buat kat bilik tu. Sharing is caring, right? Mule-mule semua malu nak cakap. Tak ingat pula sape yang mulakan dulu. Lepas sorang mule, semua nak cakap. Lawak sangat bile ingat balik. Semua nye nangis-nangis. (T.T)

Tapi lega. Bile dah tak lagi rahsia antara kite. Semuanye menjadi ceria! Sebab tu lah, jujur tu amat penting dalam sesebuah hubungan. F.R.I.E.N.D.S.H.I.P

Asalnye kite cume kene lengkapkan bahan-bahan nak buat kek, tapi ade yang lebih special daripada kek. Semuanye malu-malu. Hehehe.

Waktu tu, aku paling takot dengan A’ainaa. ( sory eina) . tak berani nak tego eina. Kalu nak cakap ape-ape mesti pikie dulu. Hakhakhak. Tapi sebenarnye, eina ni manis orangnye lagi-lagi bile senyum. (eina malu la tuh).

Bile time makan, aku jadi malu plak. Aku lah orang yang paling jarang ponteng makan. Hakhak. Bibah dengan aina selalu ponteng makan. Risau aku tau. (Ceh, sebenarnye taka de teman) :p

Rindu nak jalan-jalan tepi pantai lagi. Walau pun angin dan pasirnye menyukarkan aku nak berjalan. Tapi, tetap best! I’m lovin it. Kite nyanyi lagu impian ilyana, ingat lagi tak? Orang cakap kat depan, kite buat konsert sendiri kat belakang. Hakhak..

Aku nak ucapkan terima kasih kat korang sebab sudi angkat aku kat tepi pantai tu.
Cian korang. Dah lah penat, panas plak tu. Pastu kene plak angkat aku dengan nabila yang ‘ ringan’.
Biyah dah tak larat sangat, die sondolnye aku dari bawah. Lawak betul ! akhirnye, kite antara kumpulan terawal yang sampai kat resort. Yeapi !!

Lepas tu, fiqa terus cakap “ korang berdua kene urut kitorang malam ni! ” tapi, aku rase aku tak urut pon. Hahaha. Sorry ler. Semuenye keletihan. Ingat nak tidor je.