Tuesday, December 27, 2011

Jadi Anak Solehah


Aku hidup kerna-Mu , Ya Allah.

Salam. Semoga Allah memberkati seluruh kehidupan
Munirah Nazihah bt Yasni
dari saat dia diciptakan sehingga dia kembali kepada Penciptanya ; Allah.

Dan Apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka jawablah Aku dekat.
Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila ia memohon kepadaku
hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah Ku
dan hendaklah mereka beriman kepada Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
( Surah Al-baqarah : 186 )

SMS from : My Mother :)
pada : 22 Disember 2011

i love you, Ummi .
Abah, i am 19 years old now :)


Saturday, December 10, 2011

Aku Redha , cuma Rindu.




Hari ini gerhana bulan , hati aku pun mula gerhana .
Sebab apa ? semua kerana rindu yang mencengkam jiwa dan raga.

Aku sangat rindu dia.
Aku nak cium tangan dia.
Aku nak peluk dia ketat ketat dan lama lama.
Aku nak cakap aku dah besar ,
tapi hati aku tetap sama macam masa dia tinggalkan aku.
Hati aku masih berumur sembilan tahun.
Aku masih layak untuk menangis,
Aku masih layak untuk rindu pada diaa.

Pagi tadi konon gagah,
Aku jalani hidup dengan tenang tanpa gangguan perasaan.
Tapi bila matahari mula pergi dan bulan mula kembali,
Aku layu , tak kuat lagi.
aah , aku tipu diri aku sendiri lagi.
Deraian airmata menemani aku membaca ayat ayat suci Alquran.

Subuh tadi aku baca Surah Luqman ,
pesanan dia yang terakhir sebelum dia pergi.
Maghrib aku baca yassin ,
Sebab aku tak dapat nak ziarah dia.

Aku cuma berharap dapat jumpa dia,
dalam mimpi .
Aku redha kehilangan dia , tapi aku cuma RINDU.

Thursday, October 20, 2011

Bagi aku , dia hidup.



Dia hidup , tapi dalam hati.
dia memang tak ada dalam mata kasar ,
tapi mata hati tetap melihatnya.

Abah bukan untuk 10 tahun dulu ,
tapi Abah untuk selama-lamanya.
Rindu aku bukan 10 tahun lamanya ,
tapi infinite lamanya.

Abah , dalam hati arah Abah ada :)

p/s : Ara rindu masa lapang ummi , bila lagilah nak jumpa ? :''(

Friday, August 12, 2011

Surat.



Assalamualaikum.
Sucinya kasih kanak-kanak.
Karangan adik didik ku ;

Hari ini saya belajar dengan ustazah . Saya sayangkan ustazah saya kerana dia baik , sebab itulah saya sayangkan dia . Sebelum ni saya sayang kan ustazah sabrina , ustazah zuraini ,selepas itu ustazah aini . Akhir sekali barulah sekarang ni saya suka ustazah Munirah .
Setiap kali bila saya menjumpainya , saya gembira . Tapi bila balik , saya sedih pula. Inilah kali pertama bila saya menjumpai guru yang hebat seperti ini . Saya rasa bertuah apabila menjumpai guru ini . Saya tak nak dia pergi , saya nak dia kembali , duduk di sisi saya .
Saya amat sedih kerana dia akan pergi tak lama lagi . Mungkin dia kalau nak pergi mesti tinggalkan nombor telefon . Saya akan mengingati dia sepanjang dia tak ada .

Sunday, June 12, 2011

Hanya ingin yang terbaik .


Bismillahirrahmanirahim.

Semoga langkah ini sentiasa di bimbing oleh Allah ke arah kebaikan ,
Tanpa panduan dan petunjuk dariNya , langkah ini bakal tersesat entah ke mana.
Ya Allah , ihdinas siratol mustaqiim :)

Ya Allah , Kau berikanlah kami keputusan yang terbaik .
terbaik untuk Iman kami , terbaik untuk Islam kami , terbaik untuk akhlak kami ,
terbaik untuk kehidupan kami dunia dan akhirat .

Ya Allah , jadikanlah hati kami tenang menerima takdir yang Kau berikan .
jadikanlah hati kami bersyukur walau apa jua takdirnya . Semoga kami tidak kufur nikmat .
Tiada lain yang kami mohon selain apa yang terbaik untuk kami .
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui sedang kami tidak .

p/s : credit to Result Muet dan Final exam .

Tuesday, February 15, 2011

saat berita itu datang T.T

Bismillahirrahmanirrahim.

Saat aku dikhabarkan tentang keputusan midsem hari tu.hati ini bagaikan retak menanti belah.unjangkacable.
cuba bagi tau aku,siapa yang tak sedih dapat keputusan macam tuh.sapa? ya,aku memang nak jadi kuat.taknak ciwek.kawan aku yang sama ujian dengan aku boleh terima dengan ketawa dan senyuman.seolah-olah segalanya hanya tipu belaka.oh.kuatnya awak!


airmata waktu tu dah berkumpul dikelopak mata, minta untuk dibebaskan agar hati tidak tertekan.tapi taknak.aku cuba bertenang.seorang diri cuba memotivasikan diri.pujuk hati supaya kembali senyum.namun,aku tak jumpaa ketenangan itu.Ya Allah, apa yang aku perlua buat. aku memang taknak nangis. tiba-tiba aku ingat kepada Al-quran.ya, itu sumber ketenangan ku.

aku membelek surah luqman.satusatunya pesanan abah buat aku.aku baca dengan memahami maknanya.dan ayat ini betulbetul memaksa aku untuk menangis.aku hanya mampu memejam mata.taknak nangis juga.egokah aku? aku tanak orang lain tahu  apa aku rasaa.sedih aku biar aku yang kawal.nak jadi kuat.sebab aku harus kuat! aku memang tak boleh dengar pujukan orang masa aku sedih,sebab aku akan tewas menahan airmata aku.aku akan kalah pada emosi.dan segalanya akan kembali tenang setelah berjutajuta airmata turun seakan hujan lebat tanpa guruh.



" Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu : " bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah) , maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri ; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. 
(surah Luqman : 12)

syukur.syukur.alhamdulillah.itu lah yang aku perlu lakukan.terima kasih, Allah. aku bertanya dan Dia menjawabnya secara lansung.terasa ketenangan menjalar dalam hati.bila dah bersyukur, inilah hasilnyaa.taraa <3<3 terbina azam dan kekuatan disebalik ujian yang menimpa.yeah!


Sunday, January 30, 2011

mid-sem :(

Bismillahirrahmanirrahim .

Praise to ALLAH , to all He do for me and for you . He is the better and the greatest ! He give me anything and not ask me to pay back , just be a good muslim and the better mukmin is good enough . Thanks , Allah :)


Sedih ? bukan setakat sedih , tapi segela perasaan yang satu geng dengannya adalah apa yang aku rasakan sekarang semasa aku jawab mid-sem examination . oh! aku rasa macam nak histeria nangis je masa jawab tu . Ya Allah , masa tu apa yang aku harapkan hanya keajaiban yang datang daripada-Mu .

Seriously , aku memang tak boleh jawab focus dengan exam hari tu . Demam yang telah dahulu menyapa sebelum exam membuatkan aku betul-betul tak ready nak masuk istana dewan periksa . ujian ? ye , ini memang ujian untuk aku . Aku tak dapat bayangkan macam mana lah result aku nanti . tidak ! tidak ! jangan cakap pasal result . aku tak nak tahu , tanak jugak !

 " madam , ustaz , miss simpanlah kertas saya bersama markahnya . saya tak nak tahu ."

sorry umi , i cant perform well in my previous exam . sorry :(

Saturday, January 15, 2011

Aku ingin MATI SYAHID !


 J . E . J . A . K

menapaki langkah-langkah berduri
menyusuri rawa, lembah dan hutan
berjalan diantara tebing jurang
smua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
karna perjalanan masih panjang
kami adalah tentara Allah, siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan
wahai tentara Allah bertahanlah,,
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah


* The Poems
gunung tinggi menjulang
samudra luas membentang
adalah lahan peneguhan
hutan rimba
padang gersang
jadi ajang pembuktian
hujan badai
terik panas kerontang
pasti kan hiasi perjalanan
saat langkah tlah diayunkan
pantang surut ke belakang hingga sampai ke tujuan
bertahanlah dan bersiap siagalah

^.^ " Ya Allah , janganlah pernah kau padamkan semangat JIHAD dalam jiwa ku . Biarkan ianya terus subur dalan roh serta iman ku . Aku ingin mati sebagai SYUHADA yang mempertahankan agama-MU . 
Aku ingin MATI SYAHID , SYAHID ! SYAHID ! "