Friday, May 28, 2010

Ini langkahku

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran aku panjat kepada Allah yang Maha Pemurah atas nikmat-Nya kpeada ku yang tidak dapat dikira. Alhamdulillah, aku masih diberi iman untuk terus menyembah-Mu, Ya Allah.

Sudah beberapa hari yang lalu aku menjejakkan kaki ke USIM. Mkananye, dah bermula lah fasa baru dalam hidupku. MISI MENJEJAK CITA. Tapi, aku tau yang misi ni bukanlah mudah.

Aku tak atau kenapa, bila dengar je taklimat daripada penyelaras tentang perjuangan di alam Tamhidi ni hati aku cukup tersentu. Mengalir airmata, soalan pertama yang terdetik kat hati aku " aku mampu ke? "

Dan yang paling mengahntui aku adalh tentang MUET. Untuk teruskan pengajian ke Sarjana Muda Syariah dan undang-undang syaratnye adalah MUET band 4. Aku atkut aku tak boleh buat. Tapi. dalam masa yang sama aku yakin Allah akan memberi pertolongan kepada siapa saja yang Dia kehendaki.

Aku selalu mohon pada Allah agar aku terus diberi kekuatan, tekad dan semangat untuk terus berdiri dan berjuang hingga berjaya. Inilah jihad aku untuk islam. Aku nak beri sumbangann kepad ISLAM.

Di sini, aku mohon doa dari kalian semua. Inilah langkah ku. Insya Allah, ak akan buat yang terbaik.

Wednesday, May 19, 2010

Pesan Al-Qamah dalam bersahabat


Seorang bijak pandai telah berpesan kepada anak lelakinya

Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya dia akan melindungi kamu

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya dia akan membalas balik persahabatanmu

* Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya dia akan membantumu

* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya dia akan menerimanya dengan baik

* Jika dia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik mengenaimu dia akan menutupnya

* Jika engkau meminta bantuan daripadanya dia akan mengusahakannya

* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu

* Jika datang bencana menimpa dirimu dia akan meringankan kesusahanmu

* Jika engkau berkata kepadanya nescaya dia akan membenarkanmu

* Jika engkau merancang sesuatu nescaya dia akan membantumu

* Jika kamu berdua berselisih faham nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

Sunday, May 2, 2010

Pilihan terbaik, InsyaAllah~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat keputusan yang terbaik aku fikir untuk future study aku. Setelah aku istikharah dan bermusyawarrah dengan keluarge, kate sepakat pon telah diputuskan.
Aku hanye pilih antare due je, same ade KTD @ USIM. Mule-mule nak masuk KTD, tapi semuenye pakat membangkang. Macam-macam alasan dikemukekan termasuklah umi. Diorang suruh tunggu UPU dulu.

"Kolej Teknologi Darulnaim( kolej tarbiyah dan dakwah )"


Jadi aku buat keputusan untuk tunggu, tapi aku cakap :
arah tunggu USIM je, kalau x dapat arah masuk KTD. Kalau dapat UIA pon arah tetap nak masuk KTD. Hanye due pilihan je same ade KTD @ USIM.”
Jadi, semue setuju. Tunggu lah harinye tibe.


"Universiti Sains Islam Malaysia"




Pagi 1/5/2010, nad bagi sms : “ arah, minx no.ic
Aku pon bagi je la, malas nak tanye banyak.
Tak lame lepas tu, nad call :
arah,________ dapat USIM..”
sape? Kau ke?
kau lah, arah. Tahniah. Kos syariah undang-undang..”

Respon aku, ha!! Aku dapat USIM?? ( macam tak caye, Alhamdulillah Ya Allah !)
Respon family, kakak terus lari dapatkan umi “ umi, arah dapat usim! Tak payah masuk ktd
Semuenye gembire dengan berite yang nad sampaikan tu. ( thanks, nad )
Jadi, dah terjawab segale teka-teki. Dengan berite tu, dah ternyate pilihan aku USIM.
Memanglah gembire dapat USIM dengan kos yang memang aku nak, tapi kegembiraan sebenar apabile melihat keluarga aku bahagie dengan keputusan tu. Itulah die kebahagiaan sebenarnye. Memang inilah keputusan yang terbaik untuk semuanye. Solat istikharah memang sangat-sangat membantu. walauapepon, tetap jeles dengan kawan2 yang masuk KTD.
KTD tetap dihati~


p/s: lepas solat zohor, solat sunat syukur . tande kite hanye ade DIA je..