Tuesday, December 27, 2011

Jadi Anak Solehah


Aku hidup kerna-Mu , Ya Allah.

Salam. Semoga Allah memberkati seluruh kehidupan
Munirah Nazihah bt Yasni
dari saat dia diciptakan sehingga dia kembali kepada Penciptanya ; Allah.

Dan Apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka jawablah Aku dekat.
Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila ia memohon kepadaku
hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah Ku
dan hendaklah mereka beriman kepada Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
( Surah Al-baqarah : 186 )

SMS from : My Mother :)
pada : 22 Disember 2011

i love you, Ummi .
Abah, i am 19 years old now :)


Saturday, December 10, 2011

Aku Redha , cuma Rindu.




Hari ini gerhana bulan , hati aku pun mula gerhana .
Sebab apa ? semua kerana rindu yang mencengkam jiwa dan raga.

Aku sangat rindu dia.
Aku nak cium tangan dia.
Aku nak peluk dia ketat ketat dan lama lama.
Aku nak cakap aku dah besar ,
tapi hati aku tetap sama macam masa dia tinggalkan aku.
Hati aku masih berumur sembilan tahun.
Aku masih layak untuk menangis,
Aku masih layak untuk rindu pada diaa.

Pagi tadi konon gagah,
Aku jalani hidup dengan tenang tanpa gangguan perasaan.
Tapi bila matahari mula pergi dan bulan mula kembali,
Aku layu , tak kuat lagi.
aah , aku tipu diri aku sendiri lagi.
Deraian airmata menemani aku membaca ayat ayat suci Alquran.

Subuh tadi aku baca Surah Luqman ,
pesanan dia yang terakhir sebelum dia pergi.
Maghrib aku baca yassin ,
Sebab aku tak dapat nak ziarah dia.

Aku cuma berharap dapat jumpa dia,
dalam mimpi .
Aku redha kehilangan dia , tapi aku cuma RINDU.