Friday, May 28, 2010

Ini langkahku

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran aku panjat kepada Allah yang Maha Pemurah atas nikmat-Nya kpeada ku yang tidak dapat dikira. Alhamdulillah, aku masih diberi iman untuk terus menyembah-Mu, Ya Allah.

Sudah beberapa hari yang lalu aku menjejakkan kaki ke USIM. Mkananye, dah bermula lah fasa baru dalam hidupku. MISI MENJEJAK CITA. Tapi, aku tau yang misi ni bukanlah mudah.

Aku tak atau kenapa, bila dengar je taklimat daripada penyelaras tentang perjuangan di alam Tamhidi ni hati aku cukup tersentu. Mengalir airmata, soalan pertama yang terdetik kat hati aku " aku mampu ke? "

Dan yang paling mengahntui aku adalh tentang MUET. Untuk teruskan pengajian ke Sarjana Muda Syariah dan undang-undang syaratnye adalah MUET band 4. Aku atkut aku tak boleh buat. Tapi. dalam masa yang sama aku yakin Allah akan memberi pertolongan kepada siapa saja yang Dia kehendaki.

Aku selalu mohon pada Allah agar aku terus diberi kekuatan, tekad dan semangat untuk terus berdiri dan berjuang hingga berjaya. Inilah jihad aku untuk islam. Aku nak beri sumbangann kepad ISLAM.

Di sini, aku mohon doa dari kalian semua. Inilah langkah ku. Insya Allah, ak akan buat yang terbaik.

1 comment:

ZiErWa zAiNaL said...

semoga berjaya..

kalau sudi komen la entry saya..
rumah sewa