Monday, June 18, 2012

Warming Up.

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.



Ramadhan Al-Mubarak nak mai dah. Tapi tak start buat preparation apapun. Puasa 27 Rejab pun boleh terlepas. Sedih tak? :( tengok orang lain puasa, aku tak pun. Ruginya lah badan. So, tetamu istimewa nak datang tak lama lagi. Aku target nak buat preparation penuh lepas habis exam final ni kot. eh, tak boleh kot kot. Mesti. alwajibul ghunnah!

Pertama ; kena banyakkan pembacaan tentang Ramadhan. Sebelum berjumpa, kenalah selidik dulu siapa yang nak berkunjung itu kan :) supaya kita tahu apa yang sepatutnya kita buat dan apa yang tidak patut kita buat, okay !

Kedua ; warming up dengan puasa Isnin Khamis setiap minggu. Bagi aku yang ini berat sikit dalam fatrah imtihan ni. Aku memang tak boleh puasa kalau nak exam, lapar itu mengganggu fokus ku. arghh, lapaaaar~ tapi, bila dah bali cuti nanti, InsyaAllah aku akan buat. Munirah, FIGHTING!

Ketiga ; kena latih diri tidur awal dan bangun awal. Bulan puasa kan kena sahur, kenalah practice :) kalau bangun awal tu, maybe mampu lagi kot. tapi bab tidur awal tu, berat sikit. exam kan, pulun lah study. yeke? hoho.

Keempat ; Mulakan baca Al-QUran setiap hari dan tadabbur dengan khusyu'. Alhamdulillah, yang ini aku rasa aku mampu. Ianya sebahagian dari hidup saya, dan anda juga kan? :) Ready untuk bertadarrus start 1 Ramadhan nanti ye.

Kelima ; Pelihara diri agar sentiasa memelihara wudhuk. Haaa, yang ini pun agak berat. Sebab, asyik batal je wudhu'. HIHI. takpe, duduk rumah nanti, asal batal je amik balik okay ? :). okaylah. Malam ini share lima sahaja dulu. Nanti bila-bila, share lagi lima ye. 


Sumber ini dari langitillahi.com.
Kenalah cakap, kalau tak dikira plagiarism pula kan :)
Lailatun sa'idah, Annyeooong! Salam.