Monday, May 7, 2012

정말 죄송 해요

DENGAN NAMA ALLAH
 YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.



Hati itu sepatutnya lebih dijaga rapi berbanding kesihatan jasad. Kenapa? Simple. kerana hati itu adalah Raja. Apabila hati itu kuat, maka badan yang lemah pun boleh jadi kuat. Tetapi, jika hati itu lemah maka badan yang kuat pun boleh jadi lemah :)

Selama ini aku terlepas pandang satu hal, iaitu Hati. Aku zalim terhadap penjagaan hati yang sebenarnya Raja untuk tubuh aku. I'm really sorry for that. joengmal joesong haeyo ;\ Entah betapa gelapnya hati aku dengan tompokan hitam. Cuba bayangkan setiap satu maksiat itu satu titik hitam. Astaghfirullah. ohhoooook !

Hajiman, aku bersyukur sangat. Semalam, aku dapat rasakan Allah sayangkan aku. Aku hampir miss halaqah semalam, padahal aku dapat sesuatu yang tak ternilai harganya semalam. Yes ! aku menang dan syaitan kalah :) Dia tak berjaya buat aku skip halaqah semalam. Rupa-rupanya ada sesuatu yang Allah nak sampaikan pada aku. Penyucian jiwa.

Aku dah lama tak  berqiam. Semester dua ini, boleh dibilang dengan jari bila yang aku bangun malam. Semakin jauh aku dengan Allah, rupa-rupanya. Aku bukan tak mahu bangun, sebelum tidur aku selalu niat untuk qiam tapi tak pernah terbangun. Hanya sedar untuk menutup alarm saja. Aigoo, perangai tak sememeh! ohhooook!  Rupa-rupanya, ada suatu perkara yang aku lakukan padahal itulah perkara yang menghalang aku bangun bertahajjud. Tengok atau dengar perkara yang lagha sebelum tidur. Hah, betullah tu. Dan aku cuba tinggalkan semalam, ia berhasil. Dengan sendirinya aku terjaga pukul 4.58 pagi. Aku niat untuk bangun pukul 5 pagi sebenarnya. Alhamdulillah, Allah sayangkan aku :)

Sekarang aku sedar, Allah selalu beri apa yang aku perlukan. Tapi aku selalu buat apa yang hawa nafsu aku mahu. Tak patut betullah. Aigoo =.=