Wednesday, April 25, 2012

Iktibar dari kematian.

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.




Allah. Allah. Allah. Innalillahi wainnailaihi raji'un.
Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku yang berkuasa atas segala sesuatu. Jika itu takdirmu, tiada suatu kuasa pun boleh menghalang apatah lagi menidakkan. Aku sebagai hamba harus terima dan redha. Tiada suatu pun yang ditakdirkan atas seseorang hamba itu melainkan ada hikmah yang menyorotinya.

Cukuplah Mati itu sebagai peringatan. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai Mati. Mati itu suatu kepastian tetapi kita sering lupa.

Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah sahabat seperjuangan saya, saudara Hafizuddin yang telah kembali bertemu penciptanya; Allah, petang tadi. Sayu :\  Walaupun tak kamcing dengan dia tapi dia still se-batch dengan saya. Rasa tersentap sangat bila dapat berita tu. Allah. Allah :(

Dia jaguh nasyid sekolah kitorang dulu. Lagu inilah yang selalu didendangkan setiap kali buat persembahan. Sedih. Sayu. Hmm, usahlah ditangisi yang telah pergi tetapi tanyalah diri kita dah bersediakah nak bertemu Allah. Dah ready ke, wahai Munirah Nazihah binti Yasni ?

Ya Allah, jadikan aku, keluargaku, sahabat-sahabatku Husnul khatimah. Matikan kami dalam keadan mentauhidkan-Mu, Ya Rabbul 'Izati.

Dalam hidup kita seharian, selalu sibuk dengan sesuatu yang tak pasti. Selalu stress dengan perkara yang remeh-temeh. Selalu bersungguh dengan perkara yang seketika sedangkan kita lupa bahawa Mati itu lah kepastian. Tapi selalu tak ambil peduli dengan amalan kita. Padahal dunia ini adalah tempat kita mengutip segala bekalan untuk perjalanan akhirat. Dunia ini tempat kita bercucuk tanam, sedangkan akhirat tempat kita menuai. Tepuk dada tanya iman. Al-Fatihah ~