Monday, May 5, 2014

In Silence.


Assalamualaikum.

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه)
(فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان

Dalam pada aku cuba hafal dalil-dalil untuk setiap subjek dan cuba memahami makna untuk setiap dalil itu, semakin aku rasa hinanya diri ini. Hati aku tersentak dengan hadis kat atas tu, benarlah aku mempunyai selemah-lemah iman. 
Kemungkaran atau bahasa lembutya kesalahan, aku tak mampu nak cegahnya dengan segala kudrat yang ada. Aku tahu perbuatan itu salah, mereka pun tahu tetapi aku hanya berdiam diri. Hanya membenci perbuatan itu dalam hati sahaja. 
Benci dalam hati tak bagi faedah untuk orang lain, tapi hanya salah satu ciri orang yang pentingkan diri. Kau selfish, Mun. Hmm. Tak nak cuba buat sesuatu ke? Bukan taknak, cuma rasanya mereka itu dah tahu hakikat halal dan haramnya perbuatan itu tetapi masih buat. 
Nak salahkan siapa dalam hal ni? Kalau nak kata terpengaruh dengan persekitaran, aku tak rasa reason itu masih releven sebab mereka golongan minoriti yang buat. Majoritinya tak buat pun. Jadi, tak boleh salah kan persekitaran kan?
Atau mungkin rakan-rakan yang terlalu baik, sampai perkara yang tak baik pun tak berani nak bersuara. Ataupun mentaliti kita dah set yang diorang dah tahu halal-haram, pandai-pandailah bawa diri. Rasa-rasa kalau kesalahan tu berlaku dan kita tahu tapi kita diam sahaja, saham dosa itu dapat kat kita jugak tak? 
Risau kalau-kalau dalam aku berdiam diri ini sebenarnya aku berkongsi dosa dengan mereka. Risau kalau-kalau kerana aku tak tegur, dosa aku berlipat kali ganda daripada mereka. Risau kalau-kalau ini petunjuk bahawa status Iman aku dalam keadaan tenat dan perlu dibaiki. Risauuu.

 اللهم أعني على ذكرك و شكرك و حسن عبادتك
"Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir pada-Mu, mensyukuri-Mu, 
dan memperelokkan ibadah kepada-MU"

Allahummah Amin.
Sekian.

2 comments:

AMAL said...

tahu tapi tak mampun nak cegah :'(

@HEP USIM , 115am

MunirahNazihah. said...

semoga Allah bagi kite kekuatan :)