Sunday, December 22, 2013

Terima kasih.


Assalamualaikum.
Terima kasih Allah, dah lama betul umi tak masak. Tapi hari ini umi masak, dapat makan masakan umi di hari jadi bagi orang lain mungkin perkara biasa Tapi bagi aku sesuatu yang istimewa. Terima kasih umi. Tak perlukan hadiah apa-apa, cukup dengan itu. 
Terima kasih umi kerana ada kat rumah hari ini sehari suntuk, di hari jadi Arah. walaupun tak pergi jalan mana-mana sama, tapi dapat tengok umi depan mata seharian suatu hadiah yang tersangat besar bagiku. Terima kasih sangaat.
Terima kasih Allah, Kau pinjamkan aku hari yang istimewa ini. Buat umi yang sentiasa sibuk dengan dakwah dan ummah, Kau lapangkan masanya hari ini, inilah buktinya. Tak rugi kalau kita ikhlaskan apa-apa pun di jalan Allah. Biar perit rasa hati, biar pedih memendam rindu, biar airmata tak kering di pipi, tapi bila ianya terbalas dengan jalan yang kita tak sangka, manisnya perasaan itu Allah sahaja yang tahu. Allahu Akbar :)
Okay, ini lain pula ceritanya. Dah tiga tahun, bila harinya tiba perkara yang sama berulang. Aku tak tahu motifnya, tapi aku sambut baik niatnya sebab aku rasa takde sebab aku nak lari. Aku hargai. Tapi kalau buat macam orang lain juga, mungkin aku lebih selesa. Mungkin aku tak perlu fikir lama. Mungkin aku tak kekok.
"Ya Allah, bantu aku. Bimbing setiap langkah aku, semoga Kau redha dengan keputusan yang aku ambil ini. Tegur aku jika aku tersalah, Amin."

 

Sunday, November 3, 2013

KOBAR 2013.


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, rasa bertuah dapat pergi KOBAR13 yang berlansung 2 & 3 November lepas. Pembuka tirai untuk cuti mid-sem yang baru bermula ini. walaupun cuti tak lama, hanya seminggu. Dapat refresh semula iman dan hati. Kobarkan semula semangat dengan pengisian yang sangat bermanfaat. 
Lebih rasa beruntung dan bertuah kerana tanpa disangka, kami peserta KOBAR yang seramai 2,000 orang menjadi saksi pengislaman Saudari Nur Aisya atau nama sebelum Islamnya Jessica. Menyaksikan satu jiwa baru yang mengagungkan kalimah tauhid. 
Bergetar jiwa, terasa meremang, sebak. Tiada kata yang boleh gambarkan perasaan waktu tu. Dewan dipenuhi dengan laungan takbir daripada peserta tanda kami bahagia menerima Saudari Nur Aisya sebagai saudara baru kami. Selamat kembali kepada fitrah :) Bila lagi giliran aku pula? dapat mengajak dan membawa manusia kepada fitrah yakni Islam. Kagum dengan usaha mereka. 
slot 2 : Hijrah dan realiti pemuda. " Kenalilah Tuhanmu, perbaikilah dirimu dan serulah orang lain. Tegakkan islam dalam hatimu, nescaya Islam akan tertegak di atas muka bumi." Semoga aku dapat menjadi ejen perubah, membawa manusia kepada Islam yang sebenar. Kembali kepada fitrah. InsyaAllah. Semoga Allah redha.
#Jika baik, maka Kau dekatkanlah. Jika buruk, maka Kau jauhkanlah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui, sedang aku tidak.
Wallahu a'lam.