Wednesday, May 6, 2015

Lost and Found.



Assalamualaikum.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Allah tegur kita dengan pelbagai cara, dari pelbagai arah. Allah ketuk pintu hati kita bila masa di mana sahaja yang Dia suka. Hanya dengan beberapa ayat, boleh buat kita flash back balik diri kita yang sesaat sebelum, sehari sebelum, seminggu sebelum, atau sebulan sebelum mahupun setahun sebelum. Jauhnyaa aku dah pergi. Tak sedar banyak rupanya amalan sia-sia aku dah buat. Banyaknya masa aku bazirkan. Merudumnya iman aku jatuh. 

Kedebup, tersadung. Longlai.

Mempelosokkan diri di suatu sudut. Diam. Pandangan kosong. Berfikir panjang. Tutup muka, malu dengan diri sendiri. Malu dengan Allah. Mudahnya aku terleka. Mungkin dah lama tak dengar bahan tarbiyah, dah lama tak baca bahan-bahan tarbiyah yang menyentap jiwa. Rasa macam okay je semuanya. Hidup berjalan seperti biasa, tapi rupanya tak. Qiyam aku lama dah tak nampak, dhuha pula mana aku letak. Hati ini merewang ke mana pun tak sedar.

Tekup muka bawah bantal, menyesal tak sudah.

Aku nak tinggalkan semua yang sia-sia itu. Nak sental semua karat-karat jahiliyyah yang masih menebal. Sudah la tu. Kau pun dah makin tua. Cukup lama dah kau terima tarbiyah ini, sampai bila nak simpan karat-karat jahiliyyah tu? Dah sampai masa kau tinggalkan semua. Dah tiba masanya kau hamparkan hati yang suci lagi murni untuk ditarbiyah secara sempurna dan menyeluruh. Cukup-cukuplah kau berkompromi dengan yang tak syarak. Cari semula qiyam kau, kutip semula dhuha kau, ambil semula hati yang tercicir itu.

Tarik nafas dalam-dalam, hembus. Huuuuh.

Tak perlu tunggu bulan ramadhan baru berubah, baru nak mulakan hidup baru. Tak perlu. Bila Allah dah ketuk pintu hati, bila Allah dah suluh satu-satu kesilapan yang kita dah buat, jangan tunggu lagi. Sahut la seruan itu. Berbanggalah, Allah tak biar kau terus hanyut. Walaupun kau dah lari jauh, Allah tetap bawa kau pulang pada jalanNya. Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.

Semoga aku yang hari ini lebih baik dari semalam, aku yang esok lebih baik dari hari ini. Semoga aku boleh jadi jundullah yang all out memahami dan menghayati jalan dakwah dan tarbiyah ini. Jalannya dah ada, tinggal kau saja nak laluinya atau tidak. Semoga aku terus istiqamah.

Malunya pada Allah. Selalu ja aku ni buat jahat, selalu ja aku ni lupa padaNya. Selalu ja buat amal sambil lewa. Selalu ja buat ikut sedap hati. Selalu ja tak amik kisah dengan naik turunnya iman. Tapi, Allah tak pernah jemu bawa semula aku pada yang benar. 

Seriously, malu. 
Ighfir zunuuubi, Ya Allah. 
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk Mu.

No comments: