Tuesday, March 25, 2014

Solehah.



Assalamualaikum.
Suatu bebelan buat diri sendiri.
Semoga bermanfaat.

"Mun, susahnya nak cari lelaki soleh. Kan?"
Hmm. Diam dan tunduk. Tanda setuju.
Aku setuju sangat dengan dia. Kenapa susah? Mungkin sebab kita yang cari. Mungkin sebab kita yang mengharap dan mendambakan lelaki yang soleh. Kita bergantung pada diri sendiri untuk mencari, memanglah susah. Cuba kalau kita serah pada Allah untuk carikan, senangkan?
Semua orang tahu kan, lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah dan begitulah sebaliknya. Ayat ini selalu je disebut-sebut dibibir pemuda-pemudi hari ini. Kalau di tanya, semuanya nak yang soleh, nak yang solehah. Tapi, Soleh kah kita? Solehah kah kita? Kita nak yang soleh dan solehah tapi kita tak bertindak ke arah itu. Duduk dan berfikir. 
Bagi aku ada DUA perkara penting yang perlu dibuat dalam hal ini.
Pertama : Perbaiki diri untuk  jadi soleh dan solehah.
Kenapa? sebab kalau kita tak solehah macam mana nak dapat yang soleh, kan? Kita mengharap seorang lelaki yang menundukkan pandangan, tapi kita biarkan mata kita melilau dari timur ke barat, dari utara ke selatan. Kalau boleh semualah nak ditengoknya. Macam mana tu? Kita mengharapkan seorang lelaki yang baik akhlaknya, tapi kita buat sesuka hati. Mana adabnya, mana malunya, mana? Hilang. 
Adil ke macam tu? tak rasanya. Ikhtilat entah ke mana,  rasa malu entah ke mana, adab entah ke mana, tapi boleh mengeluh susah nak cari lelaki soleh. Sedih. Lebih baik kita mengeluh tentang diri sendiri dan cakap macam ni : 
" Susahnya nak jadi solehah.
Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk jadi solehah sebab tu kita tahu susahnya nak jadi solehah. Setiap kesusahan itu ada pahalanya di sisi Allah. Ingat tu sampai bila-bila. Susah kerana satu kebaikan, InsyaAllah di sisi Allah tak pernah sia-sia. 
Bermuamalat dengan yang lain jantina itu biarlah berpada, Professional gituu. Berurusanlah hanya bila ada keperluan dan habis disitu. Tak perlu rasanya nak lanjutkan urusan itu.  
Jadi, jom kita jadi SOLEHAH ! 

Kedua : Berdoa Kepada Allah.
Doa itu perkara yang sangat penting dalam hidup seorang muslim. Allah dah kata berdoalah, maka akan Allah perkenankan. Seiring dengan usaha kita untuk mengislahkan diri, sambil itu kita berdoa. Bukan doa yang kejap ada kejap hilang tapi doa yang berterusan. 
Doa itu perlulah sejajar dengan amalan kita. Bukannya macam orang kata cakap tak serupa bikin. Berdoa bagai nak rak, semoga Allah beri yang soleh tapi lepas doa kita pun hilang dan hanyut. Jangan letakkan gap antara doa dan amalan.
Pentingnya kita solehkan diri sebelum berdoa, agar doa kita lebih tulus dan matlamat kita makin jelas. Apa sebenarnya yang kita harapkan. Bila kita dah sucikan hati, hati lebih ikhlas untuk berdoa. Doa dan jangan putus asa dengan Allah. Letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah. Dialah pemilik diri dan hati kita. Hanya Allah. 
Cukuplah dua perkara ini kita laksanakan dan jangan lupa istiqamah. Ini pun salah satu proses kita mentarbiyah diri. Dan proses tarbiyah itu berlaku secara berterusan sampai kita kembali bertemu Allah. Sebab manusia ini fitrahnya memang buat dosa, sebab itulah kena berterusan islah dan tarbiyah diri. Good luck! 

"Yang menegur tidak semestinya lebih baik, mulia mahupun arif nak dibandingkan dengan yang ditegur, Ianya hanya pesanan untuk kita memperbaiki diri."

 Sekian. Wallahu ta'ala A'lam.

1 comment:

Anonymous said...

shukran awakk. :)