Friday, May 28, 2010
Ini langkahku
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran aku panjat kepada Allah yang Maha Pemurah atas nikmat-Nya kpeada ku yang tidak dapat dikira. Alhamdulillah, aku masih diberi iman untuk terus menyembah-Mu, Ya Allah.
Sudah beberapa hari yang lalu aku menjejakkan kaki ke USIM. Mkananye, dah bermula lah fasa baru dalam hidupku. MISI MENJEJAK CITA. Tapi, aku tau yang misi ni bukanlah mudah.
Aku tak atau kenapa, bila dengar je taklimat daripada penyelaras tentang perjuangan di alam Tamhidi ni hati aku cukup tersentu. Mengalir airmata, soalan pertama yang terdetik kat hati aku " aku mampu ke? "
Dan yang paling mengahntui aku adalh tentang MUET. Untuk teruskan pengajian ke Sarjana Muda Syariah dan undang-undang syaratnye adalah MUET band 4. Aku atkut aku tak boleh buat. Tapi. dalam masa yang sama aku yakin Allah akan memberi pertolongan kepada siapa saja yang Dia kehendaki.
Aku selalu mohon pada Allah agar aku terus diberi kekuatan, tekad dan semangat untuk terus berdiri dan berjuang hingga berjaya. Inilah jihad aku untuk islam. Aku nak beri sumbangann kepad ISLAM.
Di sini, aku mohon doa dari kalian semua. Inilah langkah ku. Insya Allah, ak akan buat yang terbaik.
Wednesday, May 19, 2010
Pesan Al-Qamah dalam bersahabat

Seorang bijak pandai telah berpesan kepada anak lelakinya
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
Jika engkau berbakti kepadanya dia akan melindungi kamu
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya dia akan membalas balik persahabatanmu
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya dia akan membantumu
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya dia akan menerimanya dengan baik
Jika dia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik mengenaimu dia akan menutupnya
Jika engkau meminta bantuan daripadanya dia akan mengusahakannya
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu
Jika datang bencana menimpa dirimu dia akan meringankan kesusahanmu
Jika engkau berkata kepadanya nescaya dia akan membenarkanmu
Jika engkau merancang sesuatu nescaya dia akan membantumu
Jika kamu berdua berselisih faham nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan