Monday, January 7, 2013

Pejamkan mata dan teruskan berjalan.

Bismillah dan Assalamualaikum.
Apa yang berlaku hari ini. Aku nak campak jauh-jauh. Aku nak lupakan. Aku nak putarkan balik masa. Aku tak nak semua ini berlaku. Tetapi siapalah aku, kudrat apa sangat yang aku ada untuk penuhi semua yang aku nak. Perkara yang dah tertulis, kalau memang ianya datang dari Allah maka ia PASTI terjadi. Kun faya kunn.
Hati aku terasa sesak, badan ku rebah jatuh ke lantai. Kaki ini tak berdaya menampung beratnya ujian-Mu. Tangan terasa lemah walaupun hanya memegang sehelai kertas nipis. Air mata tak mampu aku tahan, walaupun di depan semua orang. Langit teras gelapp, kadang aku rasa seperti mimpi. Inikah realiti? Aku mengetuk-ngetuk kepala, betul. Inilah realiti : (
Tanpa aku sedar, aku berada di posisi yang berbeza dengan kawan-kawan aku yang lain hari ini. Sedang mereka bertarung dengan Exam, aku pula bertarung dengan ujian ini. Alangkah indahnya jika aku dapat bersama-sama mereka. Oh Allah, siang malam aku memohon agar Kau permudahkan perjalanan exam aku tetapi Kau menyulitkannya untukku. Mungkin aku lupa bahawa perjalanan hidup aku ini adalah kuasa Engkau. Mungkin aku terlupa bahawa adanya aku disini kerana Engkau. Maka, apa haq aku untuk mengharap kepada perancangan hidup ciptaan ku sendiri sedang aku hanya seorang Hamba. 
Ampunkan aku kerana saat ujian itu datang aku tidak mengucapkan Alhamdulillah, malah apa yang aku lafazkan adalah " Kenapa macam ni? " . Maafkan aku kerana aku tak mampu bertenang dan tersenyum, malah aku rasa tertekan dan menangis. Aku terfikir, dalam ramai-ramai orang kenapa Allah pilih aku untuk hadapi semua ini? diam dan berfikir lagi untuk sejenak. Kemudian aku tahu kerana Allah sayangkan aku. 
Dan, bermula saat ini aku akan belajar untuk menghadapi perjalanan hidup ini sendiri. Tak perlu lagi berkongsi rasa dengan sahabat atau kawan atau kenalan. Mereka itu seperti chipsmore. Kadang ada, kadang tiada. Tetapi Allahlah yang sentiasa ada dan tak pernah tiada. Jika ujian ini datang dari Dia, pasti penyelesaiannya juga dari Dia. InsyaAllah, aku mampu menghadapinya. Pejamkan mata dan terus berjalan.