Wednesday, October 29, 2014

That day.



Assalamualaikum.
Sungguh, perancangan Allah itulah yang terbaik. Ketika kita dah tak mengharap pada sesuatu perkara itu, bahkan dah lupa dan tak memikirkannya. Maka ketika itulah Allah makbulkan doa ketika. 
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Tiada kata yang dapat diungkapkan lagi. Hanya deraian air mata saat menadah tangan, bukti betapa aku bersyukur dan tersentuh dengan segala yang berlaku. 
Melihat dia depan mata, cukuplah aku tahu dia dalam keadaan baik. Be happy, and its enough for me, friend. Keep smiling as you smile to me that day. 
Benarlah bahawa pertemuan dan perpisahan itu ditangan Allah. Kita hanya mampu berdoa, semoga Allah takdirkan yang terbaik untuk kita semua. 
Manusia itu datang dan pergi, Allah jualah yang kekal abadi <3 

Saturday, September 13, 2014

Catitan yang ditinggalkan.





Assalamualaikum.
17 September 2001.
Tiga belas tahun dah berlalu. Speechless. Aku rindu Abah. Rindu sangat sangat. Tiba-tiba rasa kehilangan yang amat sangat. Tapi rasa bangga dengan diri sendiri sebab gagah menjalani satu kehidupan baru selepas pemergian Abah. Goodjob, myself. 
Membisu. Pujuk diri sendiri. 
Its okay, Mun. The fact that you're exhausted now means that you tried.  :')
Teringat pada sebuah catatan abah yang ditinggalkan, sempat aku baca masa cuti semester hari tu. Satu pesanan yang aku kira sangat berguna buat aku dan adik-beradik yang lain. 
Kakak, Abang dan Adik, inilah apa yang Abah catitkan untuk kita, tentang Sumber Kebahagiaan. Ada empat kesemuanya.
Pertama ; Isteri yang solehah ( / ). 
Kedua ; Anak-anak yang berbakti. (  ). 
Ketiga ; Kawan yang soleh (  ). 
Keempat ; Rezeki yang halal (  ).
Kalau diperhati, hanya yang pertama je Abah tick. Yang kedua ketiga dan keempat kosong. Mungkin Abah tak sempat nak tick. Tapi, kita masih ada peluang untuk penuhinya. Sekurang-kurangnya yang kedua tu ; Anak-anak yang berbakti.  
Dengan cara apa? Doa dalam setiap sujud kita. Kemudian berbakti pada Umi berlipat kaliganda. Kerana di bahu Umi, ada tanggungjawab seorang bapa yang telah digalas untuk sekian lama. Tiga belas tahun lamanya. InsyaAllah, Abah akan bangga dengan kita.
* * * * * * * * * *


Aku tak sempat nak mengenali arwah Abah dengan lebih mendalam, kerana Allah pinjamkan beliau sebentar sahaja. Tapi, arwah abah adalah sumber kekuatan aku, membayangkan abah melawan penyakitnya demi membesarkan kitorang 
Abah siapkan segala kelengkapan dan keperluan kitorang sebelum abah meninggalkan kitorang di dunia dan menunggu kami di syurga apabila doktor telah mengesahkan bahawa Abah hanya ada 7 tahun sahaja lagi.  Allahu akbar. Menangis.
Mungkin tak banyak yang aku ingat sebab waktu tu umur baru 8 tahun nak ke 9 tahun. Tapi aku tak pernah berhenti merindui abah dan mendoakan abah. Mendengar cerita dari umi dan kakak dah cukup buat muka aku merah padam menahan airmata. Cukup buat hati aku berdegup laju menahan sedih dan luluhnya hati. Allah. Nangis lagi.
Seperti orang lain, aku juga dahagakan nasihat dan pesanan dari seorang yang bernama Abah. Jika orang lain boleh saja call atau wassap abah mereka minta nasihat dan kekuatan, aku tidak begitu. Jalan aku lain, bukan dengan cara call atau wassap. 
Tapi dengan membaca segala catatan yang ditinggal oeh arwah abah. Aku sangat yakin, disebalik bait-bait kalimah yang ditulis dalam buku-buku catatan arwah, pasti ada beribu mutiara nasihat dan sumber kekuatan yang tersedia untuk kitorang. Cuma perlu usaha sikit, insyaAllah.
Begitulah kehidupan. Aku percaya, apabila Allah datangkan sesuatu ujian pada hambaNya Allah takkan tinggalkan kita terkapai-kapai. Dia sentiasa ada dengan kita untuk tempuh segalanya. Begitulah bagaimana hubungan seorang hamba dan Pencipta menjadi utuh. Apabila seorang hamba sentiasa bergantung dan berhubung dengan Rabbnya.
My beloved sibling, semoga apa yang telah kita lalui ini mengutuhkan hubungan kita denganNya, Allah. We lost without You. Seriously.